26hb Disember ni, lagi kes seperti Cikgu Azizan....
Assalamualaikum semua . Maaf jika terdapat pelbagai soalan yang diajukan saya tak dapat berikan makluman secepat mungkin sehingga kalian tertanya tanya.
Kes saya ni berlaku masa bulan 8 baru ni . Dah masuk 5 bulan kes masih berjalan . Lebih kurang macam kes Cikgu Azizan. Kes saya juga melibatkan 4 orang pelajar tahun 5 juga.
Saya dah mengajar masuk tahun ni baru tiga tahun . Dan bukan kali pertama saya minta murid untuk solat bilamana tiba waktu solat. Nak dijadikan cerita sesama kejadian 4 orang ni saya suruh pergi solat tapi tidak pergi . Banyak kali saya suruh tapi tiada tindakan . Malahan mereka menyembunyikan diri. Setelah saya nampak saya panggil mereka. 2 daripadanya melarikan diri. Kemudian saya ambil tindakan pada keempat pelajar ni. Saya maklumkan pada mereka untuk beritahu pada ibubapa mereka apa yang terjadi . Tiga daripadanya maklumkan pada ibubapa akan tetapi sorang ni tak maklumkan.
Saya tahu tahu pelajar yang tidak maklumkan pada ibubapa call marah marah saya . Saya nak terangkan hal sebenarnya padanya tetapi dia tidak mahu dengar dan mengatakan bahawa dia tidak akan tarik balik report . Nak terang apa apa settle dimahkamah.
Esoknya saya dapat call dari IPD Kajang menyatakan bahawa saya diminta untuk hadir ke IPD Kajang untuk memberi keterangan. Bila sampai je di IPD Kajang tidak diambil keterangan tetapi dimasukkan ke dalam lokap. Duduklah saya bersama sama mereka yang berada di dalam itu selama 5 hari .
Saya denda dia dengan rotan sebab tak mahu solat. Bila disuruh banyak kali menyorok . Bila saya panggil dia lari . Kes saya ni melibatkan 4 orang murid . Dua murid datang . Dua lagi lari termasuk budak yang parent report tu . Saya tanya dia cakap tak dengar sedangkan lagi dua tu datang . Kemudian dia sedar dia menipu . Saya minta maklum pada parent tapi murid yang parent report tu tak maklum. Cuma yang saya tahu parent dia report polis pasal hal saya ni . Dia dakwa saya dera anak dia
Selepas selesai tempoh tu saya keluar dan tiap bulan kena hadir bicara di mahkamah.
Minggu hadapan pula saya kena hadir pada 26/12 di majistret kajang.
Apa pon saya hanya minta kalian semua doa baik baik untuk saya ye. Terima kasih semua yang turut mendoakan saya.
#doabaikbaik :)
Doakan saya ~ Ustaz Adib
Sumber: https://www.pendidik2u.my/doakan-ustaz-adib/
Post a Comment