Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Baitulmaqdis: Pemimpin dunia bantah keputusan Trump



WASHINGTON 7 Dis. - Pemimpin dunia hari ini membantah keputusan yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Canselor Jerman, Angela Merkel menegaskan, negaranya tidak menyokong pendirian Trump kerana status Baitulmaqdis memerlukan rundingan dalam rangka kerja penyelesaian dua negara.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan keputusan Trump amat dikesali dan dibantah oleh Perancis.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, seluruh dunia menentang keputusan itu yang merupakan tindakan yang salah dan langkah bahaya.

Sekutu AS, Jordan melalui jurucakap kerajaan, Mohammed Momani mengecam Trump yang disifatkan telah mencetus kemarahan umat Islam dan Kristian.

Kesatuan Eropah (EU) pula amat bimbang dengan kesan terhadap keputusan itu dan menegaskan pendirian pihaknya yang tidak berubah dan mahu status Baitulmaqdis diselesaikan melalui rundingan.

Mesir melalui kenyataan Kementerian Luarnya menyifatkan Trump telah mencabul resolusi antarabangsa dan menggugat kestabilan rantau Arab dan proses damai Israel-Palestin. - AP