Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Berhadapan Dengan Si Melayu Yang Biadap


oleh: ROSLAN SMS

Orang Melayu ini kaya peradaban dan budayanya. Kita dihormati dan malah disegani kerana punya akhlak yang cukup sopan dan sangat matang dalam berkawan dan bermasyarakat.

Dan aqidah Islam meletakkan orang Melayu punya jati diri dan disiplin yang sangat tinggi dan mulia.

Beberapa kerat sajak SN Usman Awang membongkar kehebatan ini:

"Melayu itu kaya falsafahnya.

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara"

Lantaran itu kita bangsa beradat dan bertamaddun bukan biadap, bongkak apalagi kurang ajar.

Kita menegur dan menerima nasihat dalam kerangka peradaban kita  dengan sentiasa meletakkan harga diri dan masa depan dalam perkiraan apabila mahu bertindak dan memberi reaksi.

Kerana punya budaya yang kaya kita tahu bila mahu akur, bila mahu bangkit. Bila boleh sanggah dan bila perlu beralah.

Kita punya agama dan institusinya, punya raja dan  istana punya hukum dan peraturan semuanya mengikat dan membentuk bangsa yang hebat dan terbilang ini dengan penuh tertib dan teratur.

Agama kita patuhi, institusi agama yang mentadbir kita hormati. Kita rela dan taat pada peraturan agama kalau ada yang melanggar pun tidaklah terbuka dan mencabar.

Mufti-mufti umpamanya kita terima walau ada pandangan yang kita tidak senang tidaklah kita sanggah lantaran hormat pada jawatan dan ilmunya.

Begitu juga raja dan sultan. Kita terima sebagai sebahagian lambang kemegahan kita. Titah Tuanku kita anggap sebagai nasihat dan tiadalah kita durhaka walau terkadang sugul memendam rasa.

Kerana itu bangsa ini jika mahu kekal ke akhirat perlu dipelihara dari pengkhianat dan pengadu domba.

Yang biadap dan kurang ajar, yang besar kepala dan bongkak serta pembikin kacau perlu dikikis dan diterjang jangan mencemar dan merosakkan budaya dan tamaddun besar ini.

Tweet pemimpin DAP Dato Zaid Ibrahim di bawah adalah contoh yang dimaksudkan - pemimpin Melayu yang kosong adab dan akhlaknya barangkali kerana mesra dan bercampur bersama musuh dan penentang Islam dalam parti barunya, lidahnya semakin ringan walau mencemar kedaulatan bangsa sendiri.

Teguran dan nasihat Tuanku Sultan Selangor, rakyat Selangor yang berbagai bangsa dan agama boleh terima dengan terbuka dan tenang, mengapa beliau pula melompat dan bersilat?

Adakah pihak yang menolaknya dari belakang?

Tuanku Sultan sebut Tun Dr Mahathir ini punya jiwa yang membara dengan kemarahan dan dengan jiwa itu beliau boleh membakar negara. Apa salah Tuanku bertitah demikian jika ia dilihat dalam bentuk teguran demi kebaikan rakyat dan negeri Tuanku?

Setuju terima tidak setuju simpanlah dalam hati. Tetapi anak Melayu pantang mengugut apalagi derhaka pada Rajanya.

Sebentar nanti difahamkan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan membuat laporan polis terhadap kebiadaban Zaid itu.

Kalau kurang ajar biar kita ajar.

Jauhilah pemimpin seperi ini dan partinya jika kita sayang bangsa, tamaddun dan budaya kita.

Syabas Pemuda PAS Selangor kerana mempertahankan kedaulatan Raja nya.

Daulat Tuanku.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=573094363029904&id=100009880363600