Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Betulkah Peruntukan Parlimen Bukit Gantang, Ketua Umno Tidak Dapat?




Oleh: Hj Idris Hj Ahmad.
Ahli Parlimen Bkt Gantang
1/12/17

Kesian juga saya dengar keluhan Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang sering sebut , Bukit Gantang tidak ada peruntukan kerana ia dimenangi oleh PAS. Maka dia merayu supaya pengundi di Parlimen Bukit Gantang memilih umno, jika hendak peruntukan. Inilah bentuk ucapan beliau ketika berucap termasuk di program sekolah di dalam Parlimen Bukit gantang.

Saya difahamkan peruntukan RM1 juta hingga RM3 juta itu dibahagi kepada Ketua umno bahagian untuk diagih bagi parlimen yang BN kalah. Ia boleh diambil di Pejabat Daerah dengan kelulusan Ketua Umno bahagian. Kalau tidak. betul dakwaan ini diharap Datuk Syed Abu Husin sila nafikan dan saya tarik baliik. Kalau betul beliau kena minta maaf pada penduduk Bukit Gantang, kerana bawa perkara ini tidak pernah berlaku semasa Umno di bawah Datuk Rosli Husin, ketua Umno yang beliau kalahkan sesi lepas. Walau pun Parliemen Bukit Gantang dimenangi oleh PAS sejak PRU 2008.

Pelik juga, penyokong umno dan aktivis umno berjumpa saya mereka kata tidak ada peruntukan. Yang lebih teruk lagi ada yang kata peruntukan itu diberi kepada saya. Saya senyum sahaja.

Lagi pelik, Datuk Syed Abu Hussin kata beliau wakil Pejabat Menteri Besar di Bukit Gantang ini, tiba-tiba kata beliau tidak dapat peruntukan. Dengan nada sedih beliau kata beliau sumbang ini hasil daripada duit sendiri. Alhamdulillah saya kata.

Tetapi timbul kemusykilan kononnya di beri atas nama Yayasan Al Faisal ( milik beliau) tetapi kena pergi ambil di Pejabat Daerah. Apa kena mengena pula dengan pejabat daerah dengan Yayasan. Kenapa tidak diambil di pejabat umno Bukit Gantang, kalau itu wang Yayasan. Saya simpati kepada aktivis umno peringkat akar umbi sering mengadu kepada saya.

InsyaAllah saya yakin ahli Umno Bukit Gantang dan penduduk Bukit Gantang orang yang cerdik boleh menilai.