Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Islam Bashing ke atas IKSIM?




oleh: Mohd Khairul Anwar al-Idrus


Saya telah semak betul-betul siaran akhbar Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) bertarikh 22 Disember 2017 berkaitan “fitnah radikalisme” Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, Pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya dan faham apa yang IKSIM begitu marah lalu bangkit pertahankan diri menentang Prof. Shad.

Prof. Shad tuduh IKSIM menentang “Cultural Diversity” yang diambilnya daripada akhbar Sin Chew Daily lalu mengulasnya dalam akhbar The Star bertarikh 23 November 2017 atas tajuk, “Religious radicalism on the rise” seperti di sini (https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/reflecting-on-the-law/2017/11/23/religious-radicalism-on-the-rise-doctrinal-and-cultural-diversity-existed-in-muslim-societies-even-i/).

Sepatutnya IKSIM juga perlu tekan Sin Chew Daily “kenapa tidak bawa berita yang tepat tentang aktiviti IKSIM”. IKSIM pun patut “tiaw” The Star tumpang semangkuk atas rencana Prof. Shad dengan memberi caption cukup bagus punya – “Religious radicalism on the rise.” Ini menunjukkan semacam The Star ada agenda terselindung untuk “Islam bashing” jika ada kesempatan seperti rencana yang disiarkan itu. Jangan melampau.

Pihak IKSIM juga sebenarnya menuntut Prof. Shad nyatakan dari mana dia dapat maklumat bahawa IKSIM menetang “Cultural Diversity”? Kata IKSIM, tidak ada apa-apa cetakan brosur IKSIM yang menyatakan IKSIM menentang “Cultural Diversity”. IKSIM cukup naik angin sebab rencana Prof. Shad diberi judul, “Religious radicalism on the rise” dengan maksud akhbar The Star kasi tambah lauk untuk “mengkategorikan IKSIM sebagai radikal.”  Itu yang saya faham daripada Kenyataan Akhbar yang diviralkan oleh IKSIM seperti dalam http://www.1media.my/2017/12/iksim-jawab-finah-pertahan-diri.html

IKSIM bertegas bahawa tema institusi mereka tegas menegakkan Islam dan mempertahankan kedaulatan Islam seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Kajian yang kita buat menunjukkan para sarjana sejarah dan perundangan telah banyak menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan 1957 mempunyai asas yang sangat kuat bersandarkan Perlembagaan Tahun 1948.  Lebih daripada itu, ia mempunyai akar dan pengaruh Islam yang kuat, dipasakkan sejak Undang-Undang Melayu Melaka lagi.

Jika itulah kaitannya, maka tidak hairanlah jika Reid Commission telah bersetuju meletakkan cadangan ayat “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.” Klausa ayat ini mempunyai kesan dan impak yang sangat besar ke atas aplikasi Islam dalam pengurusan dan pentadbiran negara Malaysia sehingga ke hari ini.

Yang tidak bersetuju dengan itu pun ada. Namanya ialah Prof. Azmi Sharom seperti yang jelas diungkapkannya sebagai “bloody Reid Commissioner” dalam https://www.facebook.com/permalink.php?id=318966915213374&story_fbid=356494124793986 dan juga https://www.menara.my/islam-agama-persekutuan-diletakkan-oleh-bloody-reid-commissioner-azmi-sharom/.

Prof. Shad tidak keseorangan rupanya. Beliau trut disokong oleh Datuk Noor Farida Ariffin, dan daripada kalangan lain yang dianggap mendukung pemikiran liberalisme dan pluralisme seperti daripada kumpulan Sisters in Islam (SIS) dan Kumpulan G25 yang buku terbitannya berjudul, Breaking the Silence – Voices of Moderation sudah diharamkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri. Di sini kita dapati rangkaian strategi mereka melakukan “Islam bashing” ke atas semua agensi Islam kerajaan dan IKSIM memang kena belasah secukupnya.

Sebenarnya pandangan-pandangan liberalis seperti itu amat berbahaya dan sudah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada tahun 2009 dan juga oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas titah DYMM Sultan Selangor pada 17 Julai  2014 (lihat http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/ebook/Keputusan_Muzakarah_2009_Final.pdf.)

Kepentingan Islam sebagai Agama Persekutuan telah dinobatkan sebegitu tinggi di dalam artikel ketiga dalam keutamaan tertib perlembagaan itu. Ini menunjukkan betapa Agama Islam telah diberikan fokus oleh  Reid Commission ketika itu.  Walaupun ada yang berpendapat kononnya ada bantahan daripada pihak tertentu namun ia telah dijelaskan dengan baik membolehkannya diterima sebagai Artikel 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Islam telah didahulukan melebihi kepentingan lain dalam  perlembagaan persekutuan, malah mengatasi sebutan artikel  perlembagaan sebagai “supreme law of the Federation”  yang diletakkan dalam Artikel 4 berbanding Artikel 3 . “Liberty of the person” (Kebebasan diri) juga diletakkan sebagai Artikel 5 manakala “Equality” (Kesamarataan) dan  “Freedom of speech, assembly and association” (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan) diletakkan sebagai Artikel kelapan dan kesepuluh berikutannya. Akhirnya kepentingan Agama Islam dihuraikan mendahului agama-agama lain dalam Artikel 11.

Soal cara dan kaedah pelaksanaan Islam oleh pelbagai agensi Islam dan “kebolehan” agensi Islam berkenaan dibenarkan beroperasi dengan peruntukan kewangan awam adalah di antara subject matter yang cukup favourite dibangkitkan, sama ada oleh penyokong kerajaan apatah lagi oleh pihak pembangkang dalam perdebatan parlimen pada setiap sidang yang diadakan.

Maka tidak hairanlah jika pihak IKSIM bertegas bertindak membuat laporan polis berkaitan artikel berkenaan kerana dituduh sebagai “religious radicalism on the rise.” Begitu validnya laporan IKSIM menyebabkan pihak PDRM pula telah memanggil Prof. Shad untuk memberikan penjelasan berjam-jam jugalah dengarnya.

Sehubungan itu, barangkali ada baiknya pihak Majlis Universiti Malaya kena pertimbangkan, atas faktor demi menegakkan keadilan secara telus sebagaimana seringkali tular di media, supaya Prof. Shad “direhatkan secara sementara” daripada perjawatannya. Ini juga akan membolehkan pihak PDRM menjalankan siasatan secara lebih sempurna lagi profesional tanpa bias.

Prof. Shad adalah pemegang Tunku Abdul Rahman Chair and Professor of Constitutional Law. Oleh itu tentunya pihak Universiti boleh menerima pandangan ini kerana ia dilakukan demi menghormati kerusi akademik berkenaan. Kita juga penuh yakin sekian banyak Profesor lain yang memegang pelbagai perjawatan strategik di pelbagai universiti tempatan lain boleh bersetuju usul ini supaya disiplin akademik sepenting ini dipertahankan demi menghormati erti sebuah amanah ilmu yang diberikan oleh universiti. Ini juga dilakukan demi mempertahankan academic excellence, transparency dan nama baik sebuah menara gading tersohor negara demi mencari sebuah keadilan.

Mohon cadangan dipertimbangkan demi mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara!