Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PASRelief : Bantuan sampai ke Arakan



Oleh : Muhammad Sanusi Md Nor

Bantuan kedua PASRelief ke Arakan dalam seminggu ini berjaya disampaikan, Alhamdulillah.

Berbanding senario di kem-kem pelarian di Bangladesh, kehidupan saudara Muslim Rohingya di perkampungan dalam wilayah Arakan lebih parah.

Tekanan sengaja ditingkat dari masa ke semasa untuk memaksa saki baki penduduk Muslim yang tidak melarikan diri ke Bangladesh sewaktu operasi Ogos-Oktober lalu tidak dapat meneruskan kehidupan di kampung halaman mereka.

Kedai-kedai diarah tutup, bekalan makanan tidak dibenarkan di bawa masuk ke kawasan penduduk Muslim.

Kepungan dibuat untuk menyekat pergerakan Muslim Rohingya daripada keluar mencari bekalan makanan.

Semakin hari kehidupan semakin rumit. Kekuatan untuk mempertahankan kampung halaman semakin nipis.

Dua minggu lalu, rangkaian PASRelief di Arakan menemui beberapa pemuda yang sanggup menyeludup masuk bekalan makanan ke kampung-kampung yang dikepung, tetapi tiada jaminan ia akan berjaya 100%

Dua hari lalu, mereka mengirimkan foto kejayaan membuat agihan kepada beberapa puluh keluarga di sana.

Hari ini satu lagi kiriman foto menunjukkan kejayaan mereka menembusi sekatan untuk menyampaikan makanan hasil sumbangan PASRelief dari dana Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (5640 7061 1352 Maybank). Alhamdulillah.

Esok atau lusa akan dibuat satu lagi penghantaran dan agihan bagi menyelesaikan sumbangan kita berjumlah berjumlah RM30,000 semuanya.

Teruskan menyumbang untuk menyelamatkan kumpulan terakhir yang memilih untuk bertahan di tanahair mereka -Arakan- yang semakin hari semakin ‘hilang’.

***Haji Muhammad Sanusi Md Nor ialah Pengarah PASRelief