Pegawai Syariah: Wartawan jangan sensasikan fitnah!
"Jauhi Mensensasikan Fitnah"
1. Warga Pegawai Syariah terkejut dan sangat dukacita dgn penularan fitnah yang disensasikan oleh satu portal berita baru baru ini, yg mengaitkan Pegawai Syariah dgn perbuatan dan amalan keji.
2. Etika kewartawanan yang dikesampingkan,bias daripada maklumat yang sahih serta dimanipulasi semahunya hinggakan fakta kes yang sebenar tanpa segan silu telah disembunyikan.
3. Sedangkan kedudukan sebenar yang berlaku ialah pada 7hb. Disember 2017, Penfitnah (seorang wanita) hadir bersama Peguamnya telah secara rasmi mengakui atas kerelaan, tanpa paksaan dan seterusnya Hakim Mahkamah Tinggi telah merekodkan penghakiman di atas akujanji dan persetujuan Penfitnah, antaranya sepertimana berikut;
"WANITA TERSEBUT TELAH MERUJUK KEPADA SURAT YANG DITULISNYA TANPA TARIKH, SURAT AKUAN BERKANUN PADA 30/07/2017, DAN SEMUA KENYATAAN BERTULIS DAN LISAN YANG DIBUAT OLEH WANITA TERSEBUT DIMANA KESEMUA DOKUMEN TERSEBUT TELAH DI RUJUK OLEH MANGSA (BEKAS KETUA HAKIM SYARIAH) YANG BERTINDAK SEBAGAI PLAINTIF DI DALAM SAMAN MALU DAN TUNTUTAN GANTIRUGI KERANA DIFITNAH SERTA PENYATA PEMBELAAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH WANITA (RESPONDEN) TERSEBUT (KESELURUHANNYA DIRUJUK SEBAGAI KENYATAAN TERSEBUT). WANITA TERSEBUT DI DALAM PENGHAKIMAN PERSETUJUAN DI DALAM KAMAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM TELAH MEMOHON MAAF TANPA APA-APA SYARAT DAN MOHON UNTUK MENYATAKAN RASA KESAL KEPADA MANGSA IAITU BEKAS KETUA HAKIM TERSEBUT DI ATAS KESENGSARAAN MENTAL, KERUGIAN DAN KESENGSARAAN YANG DIALAMI DAN APA-APA SYAK WASANGKA YANG TIMBUL DAN/ATAU TERBIT TERHADAPANYA HASIL KENYATAAN TESEBUT “, IAITU AKIBAT DARI KENYATAAN FITNAH TERSEBUT.
4. Oleh yang demikian, PPSM berpendapat apabila pemfitnah telah MEMOHON MAAF TANPA APA-APA SYARAT dan telah menyatakan kekesalannya atas perbuatannya, maka segala kandungan fitnah tersebut ternyata tidak lagi relevan utk menjadi bahan berita apatahlagi untuk disensasikan. Harus diingat PENYEBAR DAN PENGITAR SEMULA KENYATAAN FITNAH TERSEBUT akan terdedah kepada tindakan undang-undang mangsa fitnah sama ada saman malu, kesalahan menyebar fitnah atau/dan kesalahan qazaf.
5. Justeru, PPSM menyeru warga Pegawai Syariah utk terus beristiqamah mendokong nilai nilai positif yang wibawa, tekad menjauhi fitnah serta mengelakkan diri daripada turut sama terheret menjadi agen mensensasikan isu ini.
6. Hayatilah firman Allah swt;
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩
Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)
PPSM CAKNA AHLI
PRESIDEN
Persatuan Pegawai Pegawai Syariah Malaysia
02 Rabiul Akhir 1439H
21 Disember 2017
Post a Comment