Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Projek KT BYPASS: Rakyat terusir dari tanah tanpa pampasan yang setimpal?


Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Dalam isu pengambilan tanah milik rakyat untuk Projek KT BYPASS, Dato’ Seri Hj Ahmad Razif Bin Abdul Rahman ingat dia Menteri Besar Pulau Pinang atau Singapura barangkali.

Dengan rakyat sesama agama dan bangsapun tak mahu jumpa, sikit sikit mahu lawan di mahkamah.

Sebagai anak jati Terengganu, dia patut insaf ahli keluarga dia, saudara mara dia, kawan kawan dia, ahli-ahli umno sendiri pun, cuba kelih (lihat dan tinjau) sikit rumah yg selama ini diduduki.





Pakat bawa keluar geran tanah masing masing. Berapa peratus sangat orang melayu, rakyat Terengganu yang rumah dan kedai ala kampung tepi jalan mereka betul betul dibina ikut syarat, hantar pelan kelulusan MBKT?

Kalau kawasan DUN Menteri Besar sendiri, Seberang Takir, berapa sangat rumah yang betul- betul tanahnya syarat bangunan.

Lainlah kalau rumah projek perumahan, atau rumah banglo besar ala orang kaya yang dibina atas tanah tanah yang sudah dipecah lot dan ditukar syarat bangunan.



Rumah rumah yang dimiliki dan jadi kediaman orang kebanyakan di Terengganu sekarang khususnya yang sudah lama berpuluh tahun milik orang melayu memang banyak yang dibina sesama anak beranak di atas tanah milik bersama geran besar yang tidak dipecah lot dan tidak ditukar syarat.

Tak payah pergi jauhlah. Tengok jiran jiran kita sendiri, ‘warih waroh’ kita.

Orang orang UMNO sendiri pun. Sama saja macam orang orang PAS. Mewarisi tanah dan rumah dari datuk nenek sejak turun temurun.

Menteri Besar Terengganu patutnya punya empati untuk menghayati rasa kerugian dan ketidak adilan yang dirasai oleh mangsa pengambilan tanah.

Empati dan berjiwa memahami inilah asas kepimpinan Menteri Besar di mana mana negeri pun yg menentukan sama ada dalam sanubari batang tubuh pemimpin berkenaan menjiwai kehidupan rakyat atau tidak.

Kerana empati inilah Menteri-menteri Besar Terengganu yang terdahulu, dan juga kebanyakan Menteri Besar di seluruh Malaysia termasuk dari UMNO pun, tidak adalah sampai menolak mentah mentah hasrat dan harapan rakyat yang menjadi mangsa pengambilan tanah untuk berjumpa.

‘Berat Nanang’ sangat jika ambil mudah dengan sikit….sikit “Kita lawan di Mahkamah”.