Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Tahukah anda, permohonan untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama(MyDesposit2018) dibuka mulai hari ini?


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit bagi tahun depan akan dibuka mulai hari ini  (15 Dis) hingga 15 Feb 2018.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata orang ramai boleh membuat pendaftaran secara talian di https://sprn.kpkt.gov.my.

"Pada pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju meneruskan skim MyDeposit dengan peruntukkan sebanyak RM25 juta," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Abidullah Salleh mengenai jumlah bantuan yang disalurkan melalui skim MyDeposit dan jumlah penerima setakat ini, pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Sejak dibuka dari 7 April 2016 hingga Okt lepas, sejumlah 1,469 permohonan diluluskan dengan jumlah bayaran lebih RM39 juta.

Skim MyDeposit bertujuan membantu golongan pertengahan bagi pembelian rumah pertama menerusi projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang subsidi.....