Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Islam perlu bersatu, kes Indira ulangan kepada kes Natrah?




1. Keputusan panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandi yang dikeluarkan pada hari ini amat menyedihkan. Mereka meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdahulu dalam kes Subashini lwn Sarawanan. Hasilnya pemelukan Agama Islam anak-anak yang masing-masing sekarang berumur 20, 19 dan 8 tahun oleh si bapa yang memeluk Islam telah dibatalkan oleh mahkamah tertinggi negara ini.

2. Saya percaya keputusan tersebut tidak memberi kesan kepada anak yang sudah dewasa. Pilihan sekarang di tangan mereka sama ada mahu kekal atau tukar. Anak yang berumur 8 tahun sekarang apa agamanya?

3. Implikasi keputusan tersebut juga menyebabkan pada hadapan kita terdapat dua versi interpretasi terhadap Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi anak di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. 

4. Bermaksud apabila mana di hadapkan dengan kes-kes yang sama, hakim-hakim dalam negara ini bebas mengikut mana-mana versi tersebut sehinggalah apabila mana kerajaan memuktamadkan versi yang dipilih oleh kerajaan ke dalam akta. Sehingga ke hari ini kerajaan belum memuktamadkannya. Cubaan terakhir adalah pada cadangan terhadap Akta 164 yang telah ditarik balik semasa sidang Parlimen yang lepas.

5. Mengikut laporan media Kerajaan Barisan Nasional sedia memasukkan peruntukan tersebut ke dalam Akta 164. Iaitu selepas mereka memenangi semula pilihanraya ke-14. Sedangkan mereka tahu majoriti umat Islam tidak bersetuju dengan cadangan yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama itu.

6. Justeru tidak ada pilihan lain kecuali kita meramaikan Ahli Parlimen PAS yang sentiasa konsisten dalam isu tersebut. Ahli Parlimen PAS telah berbahas secara terbuka di Parlimen berhadapan dengan semua yang menentang biar pun tinggal beberapa belas ahli Parlimen sahaja di dalam Parlimen.

7. Tentu sahaja dapat dibayang, apabila Ahli Parlimen PAS menguasai majoriti. Tentu sahaja kerajaan dapat memuktamadkan undang-undang yang selaras dengan kehendak agama.

8. Tidak dapat tidak, umat Islam perlu bersatu dalam menunjukkan kesatuan dalam menolak kemunculan semula seksyen 88A dengan mengundi ahli Parlimen yang berfikir mengikut kaca mata Islam.

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah
Pengerusi 
LUHAM Kelantan
29.01.2018


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.