Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Kerja pembentungan di Taman Angsana Hilir : Nasib penduduk bagai jatuh ditimpa tangga




Kenyataan Akhbar

KERJA PEMBENTUNGAN DI TAMAN ANGSANA HILIR : NASIB PENDUDUK BAGAI JATUH TANGGA DITIMPA TANGGA.



Saya telah mendapati kerja-kerja menaiktaraf pembentungan di Jalan Hilir 1, Taman Angsana Hilir, Ampang tidak dilaksanakan dengan sempurna.


Setelah kerja itu selesai, kawasan yang diturap atau ditutup tidak sama paras dengan permukaan jalan di sekeliling. Dengan itu kawasan tersebut adalah tidak rata dan boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalanraya terutamanya penunggang motorsikal.



Terdapat juga lokasi yang menjadi tempat air bertakung. Ini sama ada boleh menyebabkan kemalangan atau menjadi tempat pembiakan nyamuk.


Pejabat saya telah menghubungi kontraktor yang terlibat dan mengadakan perbincangan dengan mereka.

Sehubungan itu Pejabat saya akan sentiasa berhubung dengan kontraktor tersebut untuk memastikan kerja-kerja baikpulih ini dijalankan.

Penduduk tempatan telah berhadapan dengan pelbagai kesusahan ketika kerja-kerja pembentungan itu berjalan. Selain menghalang lalulintas ia juga mengambil beberapa petak tempat letak kereta mereka. Maka nasib penduduk adalah bagai jatuh tangga ditimpa tangga.

Oleh yang demikian, saya akan meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya memberi tekanan kepada kontraktor terbabit untuk memastikan keselamatan penduduk tidak terancam akibat kerja-kerja pembentungan tersebut.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka /
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
3 Januari 2018