Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

MAPIM beri perhatian serius  keputusan Mahkamah Persekutuan


MAPIM memberi perhatian serius keputusan   Mahkamah Persekutuan pada hari ini yang memutuskan membatalkan pengIslaman 3 kanak-kanak dalam  kes R Subashini lwn T. Saravanan . 

Ia menetapkan keputusan  pada tahun 2007 tidak mengikat berkaitan dengan tafsiran makna "parent".

Alasan Mahkmah ialah perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12 (4) Perlembagaan mesti dibaca secara majmuk bermaksud ibubapa bukan lagi ibu atau bapa. 

Kami mendapati keputusan ini bercanggah dengan pandangan jumhur ulama dan ini memberi prisiden yang akan mengenepi pendapat jumhur ulama dalam kes akan datang.

Soalnya apakah pandangan jumhur ulama yang kukuh semuanya akan diketepikan ? 

Kenapa hukum yang disepakati dalam jurispruden Islam dinafi dan dibatalkan oleh hukum sivil.

Dimana letaknya Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh digugat oleh Mahkmah Sivil.?

Mapim melihat keputusan ini akan menjadi rujukan kepada kes akan datang.

Pokoknya hukum Islam akan terus dikelas-keduakan oleh hukum sivil.

Sudah lama perbahasan isu maruah dan martabat Mahkamah Syariah diketengahkan. Malangnya kes ini membuktikan bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah maseh berada dibawah Mahkamah Sivil.

Kes ini menguji martabat dan bidangkuasa Mahkamah Syariah di negara ini. 

Ia mengingatkan seluruh umat Islam di tanah air ini mengenai keputusan mahkamah British dalam peristiwa Natrah pada 1950 di Singapore.

Mapim kesal kenapa undang-undang Islam kini maseh dianaktirikan di negara ini.

Ini bukan hanya soal pentafsiran undang-undang tetapi juga adalah keharmonian antara agama dalam konteks Islam sebagai agama persekutuan.

Kami mengusulkan semakan semula kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah perlu dilakukan kearah memperkukuhkan bidangkuasa Mahkamah Syariah itu sendiri.

Setelah 60 tahun merdeka martabat Mahkmah Syariah maseh tidak terangkat secukupnya sehingga kes seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ini berulang lagi selepas tercatat kes Natrah kira kira 68 tahun yang lalu.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.