Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Pinda Akta Kerja 1955, PAS sokong gesaan tangani diskriminasi



1. PAS menyokong gesaan terhadap pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) bagi memastikan isu diskriminasi di tempat kerja dapat ditangani dengan baik.

2. Ini berikutan susulan isu larangan pemakaian tudung di bahagian khidmat pelanggan oleh sebahagian hotel di Malaysia penghujung tahun lalu.

3. Saya telah tegaskan bahawa perkara ini bukan sahaja tidak konsisten dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menggalakkan tiada diskriminasi dikalangan warganegara termasuk melibatkan agama, malah ia juga tidak mewajahkan Islam sebagai tunjang perlembagaan seperti yang terdapat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

4. Kita mempunyai Akta Kerja 1955 (Akta 265) dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) tetapi kedua-duanya masih belum cukup komprehensif untuk menangani pelbagai isu-isu diskriminasi di tempat kerja.

5. Selain isu diskriminasi pemakaian tudung, isu melibatkan diskriminasi golongan wanita juga antara yang perlu diberi perhatian oleh pindaan tersebut.

6. Namun, saya mengharapkan kerajaan dapat melakukan kajian terperinci sebelum mengemukakan sebarang cadangan penambahbaikan terhadap akta berkenaan. Ini kerana isu diskriminasi perlu dilihat dari pelbagai sudut pandang.

7. Pindaan ini juga bertepatan pada masanya memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang akta berhubung isu anti diskriminasi selain Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685).

8. Beberapa negara lain telah memperkenalkan akta anti diskriminasi seperti di Jepun yang memperkenalkan _'Equal Employment Opportunity Act' dan Austria, 'Equality of Treatment Act'.

9. Maka, Malaysia juga perlu bergerak ke arah trend yang sama bagi *memastikan keharmonian* di dalam kepelbagaian ini dapat dikekalkan bersama.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.