Tun Serang, PAS Semakin Bersemangat
Oleh: Hj Idris Hj Ahmad, Naib Presiden PAS
Suka membaca apabila Tun Mahathir beri amaran kepada PAS, pilih siapa Perdana Menteri pilihan PAS, samaada beliau atau DS Najib. Inilah masalah Tun, pernah pegang kuasa lama sangat sehingga dia anggap masih lagi Perdana Menteri walau pun beliau sekarang ini sudah menjadi pembangkang. Jangan Tun, bangun pagi-pagi hendak masuk pejabat Perdana Menteri di Putra Jaya sudah lah.
Tun beri amaran kepada PAS, semacam dia berkuasa selama 22 tahun dengan memberi amaran kepada JKK dan Ketua Umno Bahagian sahaja. Beliau silap oranglah hendak memberi amaran kepada PAS. Semasa beliau berkuasa pun PAS lawan, tidak munasabah jika beliau yang tidak ada kuasa PAS tidak berani lawan.
Siapa PM pilihan PAS, dua-dua PAS tolak. Tuan Guru Hj Abdul Hadi sewaktu PRU 13 dahulu, apabila ditanya wartawan apabila ada yang bertanya beliau mengenai calon Perdana Menteri, maka Tuan Guru menjawab, tidak mengapa biarlah beliau menjadi nelayan saja.
Tun yang mempunyai rekod yang semua rakyat tahu, termasuk pemimpin PH yang duduk mengampu dia sekarang. Cuma pakat diam kerana ada agenda peribadi masing-masing, bukan agenda rakyat.
DS Najib pula PAS tolak, kerana meneruskan agenda Tun Mahathir. Bukankah Tun yang bersetuju untuk tendang Tun Abdullah Badwi dan menggantikan DS Najib. Apa yang dilakukan oleh DS Najib, gurunya ialah Tun Mahathir, selama 22 tahun. Tun yang tarbiah DS Najib maka inilah hasilnya. Semoga Allah panjangkan usia Tun, supaya melihat banyak lagi hasil peninggalan beliau. Tun boleh beri beribu alasan, hakikat yang sebenar bukan agenda rakyat tetapi agenda peribadi yang masih tidak puas untuk diri dan kroni beliau.
Saya yakin Tun akan serang lagi PAS kerana beliau gagal tundukkan PAS. Lagi kuat Tun serang,
lagi bersemangat ahli PAS untuk bekerja melawan PH dan BN. PAS bersedia dengan apa tuduhan dan serangan, biar rakyat menjadi hakim. Rakyat yang rasional akan menilai segala tuduhan Tun.
Tindakan Tun menyerang PAS sebenarnya memberi kredit kepada umno dan untuk memenangkan umno di dalam PRU akan datang. Tidak mustahil pun, kerana Tun hanya marah kepada DS Najib, bukan kepada umno. Sejarah Tun keluar masuk umno seperti iklan chip more, kejap ada, kejap tiada. PAS sahaja yang mampu melawan umno kerana memiliki kekuatan organisasi dan boleh menyantuni pengundi melayu di luar bandar. Tanpa sokongan undi Melayu di negara ini maka tidak ada siapa yang boleh memerintah. Dap tidak bergantung kepada undi melayu, kerana mereka bertanding di kawasan bandar. Dap hanya nasi tambah untuk menjadi king maker di dalam PH sahaja.
Post a Comment