UMMAH serah Dokumen Tuntutan kepada Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) melalui Setiausaha Agung, Tuan Hj Mansor Ibrahim, selesai menyerahkan Dokumen Tuntutan Ummah kepada Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Tuan Hj Abdul Kadir Hj Mamat di Kuala Lumpur pada 27 Januari 2018.
Turut hadir, Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Hasyim Karim, Timbalan Ketua Sekretariat UMMAH, Tuan Kamaruzaman Mohamad, serta Barisan Exco BERJASA.
UMMAH akan menyerahkan Dokumen Tuntutan ini kepada parti-parti politik berteraskan Islam-Melayu yang lain dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, UMMAH juga tekah mengadakan perjumpaan dengan Presiden PAS, bagi menyerahkan tuntutan yang sama.
Sekretariat Ummah sedang berurusan dengan beberapa parti politik yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin beragama Islam untuk diserahkan tuntutan tersebut.

________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Post a Comment