Jika tiada agenda Melayu, apa guna sokong Pakatan Harapan?
Disebalik pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, persoalannya sekarang ini adakah orang Melayu yang mengundi Pakatan Harapan semasa pilihanraya umum nanti akan mendapat pembelaan sewajarnya?
Pakatan yang dikatakan tidak langsung mempunyai agenda Melayu, kini dilihat sebagai sudah terperangkap dengan strategi sendiri selepas keluarnya Mat Taib dari kumpulan pembangkang.
Pendedahan Mat Taib juga sedikit sebanyak menggoncang Pakatan Harapan yang kini berusaha keras untuk mendapatkan undi serta sokongan dari orang Melayu selepas ketiadaan PAS.
DAP dan PKR yang sanggup menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam gabungan Pakatan Harapan, dianggap semakin terdesak untuk mencari sokongan bumiputera.
Jika benarlah langsung tiada agenda memperjuangkan Melayu didalam Pakatan, apalah gunanya pemimpin-pemimpin melayu seperti Mahathir dan Anwar didalam kumpulan pembangkang tersebut?
Apakah mereka-mereka itu juga menyokong penghapusan agenda melayu seperti dakwaan Mat Taib? Jika dilihat kenyataan oleh Pengerusi Pakatan Harapan yang tidak percayakan konsep Ketuanan Melayu, ia bolehlah dikatakan bukti untuk mengukuhkan pendedahan Mat Taib.
Dalam Perlembagaan DAP, matlamat keduanya jelas tertulis mahu memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kepada rangka kerja sekular yang asal.
Dalam matlamat keempat pula bertulis mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perlembagaan DAP ini jelas sekali bercanggah dengan Perkara 153 dan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak Melayu dan Islam.
DAP pasti tidak akan menukar matlamatnya. DAP tidak akan meminda pun matlamatnya bila Mahathir dan beberapa pemimpin Melayu bersekongkol dengan parti itu dalam satu pakatan pembangkang.
DAP adalah ‘abang besar’ sebenar dalam Pakatan Harapan, bukannya Mahathir dan pemimpin Melayu lain. Jadi untuk menukar matlamatnya demi orang melayu, ia pasti sangat mustahil.
Kesimpulannya, apa guna orang Melayu menyokong dan mengundi Pakatan Harapan? Ia adalah perbuatan yang sangat sia-sia dan juga seumpama memperbodohkan diri sendiri walaupun tahu janji-janji yang ditaburkan hanya palsu belaka. – Utaranews.com
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Post a Comment