Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PPBM Negeri Sembilan Desak Rundingan Semula Kerusi DUN



SEREMBAN -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan mendesak pucuk pimpinan tertinggi pusat Pakatan Harapan untuk mengadakan semula rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri PPBM negeri Baharuddin Ahmad berkata dalam rundingan tersebut, parti tersebut akan menuntut empat lagi kerusi DUN, yang diyakininya boleh dimenangi.

"Yang kami akan tuntut ialah kerusi di Paroi, Ampangan, Labu dan Linggi, kerana ahli parti kami telah bekerja keras dengan mendekati pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

"Maklum balas yang kami dapat ialah pengundi di sana hanya mahukan PPBM dan akan menolak calon PH jika diletakkan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR ) atau Parti Amanah Negara (Amanah).

"Perkara yang berlegar di setiap sudut pemikiran ahli PPBM ialah mengapa dan kenapa susunan kerusi diagihkan tanpa ada rundingan sepenuhnya," katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda Ketua PPBM Negeri Sembilan Mohd Sharul Anuar Abu Samah dan Ketua Penerangan PPBM negeri Baharudin Abu Bakar.

Terdahulu, pada Konvensyen PH negeri yang lepas, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pembahagian kerusi DUN yang akan ditandingi semasa Pilihan Raya Umum akan datang.

PKR diperuntukkan 12 kerusi iaitu Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Linggi, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.

DAP pula akan bertanding di 11 kerusi iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Lukut dan Repah manakala (Amanah) diperuntukkan tujuh kerusi iaitu Serting, Johol, Lenggeng, Klawang, Paroi, Senaling dan Kota.

PPBM pula hanya diperuntukkan enam kerusi iaitu Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang.-- BERNAMA














________________ Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.