Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PRU14: Gerakan Pulau Pinang kemuka 8 calon muka baru



Gerakan Pulau Pinang telah menyenaraikan 17 calon termasuk tiga wanita untuk bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan empat kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 

Pengerusi Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow berkata senarai calon negeri itu sudah dikemukakan kepada Gerakan pusat dan pimpinan Barisan Nasional (BN). 

“Lapan daripada 17 calon adalah muka baharu...mungkin ada pertukaran di saat akhir...bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Gerakan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina di George Town, malam tadi.

Beliau berkata persediaan parti itu berada di tahap 90 peratus dan manifesto negeri sudah disiapkan dan kini hanya menunggu untuk dihebahkan pada masa yang sesuai. 

Beliau berkata antara perkara yang terkandung dalam manifesto itu termasuk keperluan perumahan mampu milik, penyelesaian masalah banjir, pembangunan sosial yang memberi tumpuan kepada warga emas dan pembangunan wanita. 

- Bernama

________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.