Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PRU14 : MIC serah senarai calon pada PM


MIC telah menghantar senarai calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ia sudah diserahkan sejak dua minggu lalu dan berharap Najib dapat memuktamadkannya tidak lama lagi.

“Saya telah menyiapkan senarai terakhir calon bertanding MIC kepada PM dua minggu lepas dan 60 peratus calon muda yang penuh bertenaga dan berdaya pimpinan disenaraikan parti dalam PRU kali ini,” katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di Kuala Lumpur pada Isnin.

Sementara itu, mengenai spekulasi calon Parlimen Genting Highlands, Subramaniam tetap berpendapat ia masih kerusi milik MIC.

“Pendirian kami mengenai status Cameron Highlands ialah sangat jelas iaitu ia muktamad milik kami dan anda (wartawan) tidak perlu memberi perhatian kepada sebarang berita palsu yang dicetuskan mengenainya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, MIC telah melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi di seluruh negara dan berjaya mendekati dan membanci kira-kira 425,000 orang masyarakat India sebagai persediaan menghadapi PRU14 ini.

“Jumlah berkenaan mewakili 40 peratus orang India dan ia tidak termasuk pemutihan pengundi manakala 60 peratus lagi belum dibanci.



“Usaha gigih ini dilaksanakan untuk memastikan sokongan pengundi India secara keseluruhan dipertingkatkan sehingga mencapai satu peratusan yang baik yang ditetapkan parti iaitu sekurang-kurangnya 65 peratus bersama BN,” katanya yang juga Menteri Kesihatan.




















































________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.