92 ahli politik disiasat SPRM, berapakah ahli PAS yang terlibat?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low dalam jawapan beliau di Dewan Rakyat kelmarin, Isnin 12 Mac 2018 memaklumkan bahawa dalam tempoh tahun 2013 - 2017 seramai 92 pemimpin politik telah disiasat oleh SPRM kerana pelbagai dakwaan salah laku. 71 orang yang disiasat terdiri dari para pemimpin BN manakala baki 21 orang adalah pemimpin Pakatan Harapan gabungan DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
Paul Low juga menafikan dakwaan Lim Guan Eng, DAP-Bagan bahawa SPRM telah bertindak secara terpilih dan berat sebelah dalam mengambil tindakan. Buktinya ramai pemimpin BN juga disiasat.
Menariknya dalam tempoh 2013 - 2017 tak ada seorang pun pemimpin PAS yang disiasat SPRM. Ringkasnya BN 71, PH 21 dan PAS 0.
Kenyataan rasmi dari Menteri bertanggungjawab ini membuktikan nilai integriti dan kejujuran tinggi yang dimiliki pimpinan PAS.
Disebalik pelbagai dakwaan kononnya pemimpin PAS makan dedak itu dan ini, penyelewengan di sana dan di sini tapi faktanya bukan setakat tak ada pemimpin PAS yang disabitkan bersalah dengan tuduhan rasuah, malah yang disiasat pun tak ada.
PAS mentadbir Kelantan sudah masuk tahun ke 28, jauh lama lama dari PKR dan DAP mentadbir Selangor dan Pulau Pinang. Dalam tempoh 28 tahun masakan tak ada walau seorang pun anggota pentadbiran negeri samada MB, Exco, wakil rakyat atau pegawai kanan kerajaan yang disiasat oleh SPRM!
Nak kata Kelantan tak ada SPRM adalah tak munasabah kerana Kompleks SPRM Negeri Kelantan tersergam dengan 2 blok bangunan tinggi di Jalan Sultan Yahya Petra Kubang Kerian. Adalah tak logik kompleks sebesar itu tak ada kakitangan SPRM bertugas. Kalau ada kakitangan, maka lagi tak munasabah mereka hanya datang punch card dan kemudian tidur tanpa buat kerja. Bila SPRM buat kerja tapi tak ada tangkapan, ia bermakna tak ada kes! Ini sifir kira-kira yang sangat mudah.
Diantara parti-parti politik yang ada di Malaysia, parti manakah yang paling layak untuk bercakap soal integriti dan ketelusan? Khalayak mampu menghakimi dengan mudah.
Post a Comment