Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Azmin mendera rakyat Selangor?



Tempoh yang diberi oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi untuk MB Selangor Azmin Ali menyelesaikan isu peruntukan yang disekat sehingga habis Tahun Baru Cina telah tamat dan dikhabarkan peruntukan itu masih belum diselesaikan oleh Azmin Ali. Akibatnya ADUN PAS terpaksa gunakan duit poket sendiri untuk melaksanakan program yang telah di susun.

Sebelum ni MB Selangor memberi alasan masalah teknikal. Kalau masalah teknikal berapa lama masa yang di perlukan untuk menyelesaikan masalah teknikal tu dan kenapa hanya ADUN PAS sahaja yang tak dapat sedangkan ADUN Pakatan Harapan dan ADUN BN dapat?

Sallehen juga mendedahkan kad program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), yang melayakkan ibu berpendapatan rendah menerima bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas, tidak diedarkan melalui wakil rakyat tertentu tetapi melalui ketua cabang PKR di kawasan mereka.

Tindakan mendera yang dilakukan oleh Azmin Ali ni bolehlah di samakan dengan tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Ekoran kegagalan PKR Pulau Pinang, PPBM Pulau Pinang dan AMANAH Pulau Pinang menyelesaikan perebutan kerusi sesama mereka di 10 kerusi DUN yang kini diwakili oleh UMNO maka KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti di laporkan oleh sumber-sumber yang berwibawa telah mengambil langkah drastik dengan membekukan perlantikan Penyelaras DUN dari PKR dan AMANAH di 10 kerusi terbabit.

Ataupun kita boleh samakan dengan tindakan Tun Mahathir dulu yang melambatkan bantuan perkapita untuk Negeri Kelantan dengan tujuan supaya negeri pimpinan Tok Guru tumbang dalam tempoh tiga bulan kerana tak cukup duit untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri masa tu.

Begitu juga dengan DS Najib yang masih tidak memulangkan Royalti Petrolium kepada kerajaan Kelantan sebaliknya memberi duit yang diberi nama sebagai Wang Ehsan hanya kepada pemimpin UMNO Kelantan dengan tujuan untuk mendera pemimpin PAS Kelantan supaya negeri Kelantan mundur dan rakyat Kelantan akan memilih UMNO dalam pilihanraya kali ini.

Semasa mengambil alih pentadbiran daripada TSKI katanya nak buat reformasi. Tapi yang rakyat nampak tindakan Azmin ni 2x5 dengan cara yang digunakan oleh pemimpin yang menzalimi rakyat. 

Sebenarnya Azmin bukan menzalimi ADUN PAS tapi menzalimi rakyat yang telah memilih ADUN PAS untuk mewakili mereka. Tunggulah pilihanraya nanti rakyat akan menghukum Azmin kerana kezalimannya.


Pengundi Prihatin
https://www.facebook.com/mampu.centre


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.