Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Jangan boikot, sabotaj calon atau kalah lagi di Selangor - PM Najib



ULU YAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa anggota parti itu agar meninggalkan penyakit boikot dan sabotaj calon pilihanraya yang hanya menyebabkan kekalahan kali ketiga parti di Selangor.

Tegas beliau, dua kali kalah di Selangor sudah cukup memberi peringatan kepada parti supaya terus berusaha mengembalikan semula kepercayaan rakyat negeri itu.

“Sampai saat akhir nanti, soal siapa jadi wakil (calon) sesuatu kawasan, kita terima sahaja asalkan dia BN. Jangan kita nak boikot calon dan sabotaj calon. Ini bukan masanya. Kalau kita buat juga, itu akan berlaku tiga kali (kalah di Selangor) . Dua kali sudah cukup,” semasa berucap melancarkan Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Negeri Selangor di Ulu Yam, Selangor di sini hari ini.

Tegasnya, kemenangan di negeri itu bakal ditentukan oleh pengundi dan bukan hanya pada penyokong tegas BN.

“Yang akan menentukan kemenangan di luar itu nanti. Kita mesti yakinkan orang di luar bukan hanya penyokong tegar,” tegasnya.

Tegas Najib lagi, kesalahan dilakukan pada pilihanraya lalu perlu dijadikan iktibar di mana pergaduhan sesama sendiri menyebabkan budaya boikot dan sabotaj calon.

“Inipun satu punca dulu. Gaduh sama sendiri. Kita jangan kerat sama sendiri, dulu suka kerat. Bila kerat jadi lagi pendek. Bila pendek tidak boleh masuk, kalah dan undi tidak cukup. Ini masalah kita. Saya tahu di Selangor ni ada penyakit ini dulu,” ujarnya.

Justeru, beliau mahu penyakit itu dihapuskan dalam diri setiap anggota BN.

“Inilah resepi untuk menang. Kita bukan tak kuat tetapi kita tembak kaki sendiri. Bila kita kerat kita tembak kaki sendiri sebab kita nak naik. Kita kuat kalau parti kuat,” katanya lagi.--AstroAwani









________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.