Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Manifesto Pakatan Harapan Bersifat Retorik - Takiyuddin



TUMPAT, 10 Mac -- Manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan Khamis lepas, lebih banyak bersifat retorik, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Malah beliau berkata manifesto tersebut tiada apa-apa yang baharu kerana ia hampir sama dengan manifesto yang dikemukakan Pakatan Rakyat dahulu.

"Kita melihat sebahagiannya (manifesto) adalah mustahil untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan PAS Kawasan Tumpat di Dewan Bunga Raya Pantai Seri Tujuh di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga Yang Dipertua PAS Tumpat.

Takiyuddin berkata Gagasan Sejahtera yang disertai PAS akan melancarkan manifesto mereka pada 18 Mac ini di Cyberjaya, Selangor oleh Abdul Hadi yang antara lain memaparkan kejayaan yang dicapai termasuk di Kelantan.--Bernama











________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.