Muhyidin pertikai perlembagaan Umno?
PENDEDAHAN MUHYIDDIN SATU KEJUTAN BUAT SURAYATI:
RoS (PENDAFTAR PERTUBUHAN) MENYEBUT KLAUSA YANG TIDAK WUJUD UNTUK PEMILIHAN PARTI UMNO, KETUA BERSATU MENDEDAHKAN
(Terjemahan Ir Ahmad TK)
KUALA LUMPUR - TEMPOH LANJUTAN yang diberikan kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan partinya TIDAK SAH kerana ia dibuat di bawah KLAUSA yang TIDAK WUJUD DALAM PERLEMBAGAAN UMNO, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Muhyiddin, yang merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO, berkata KLAUSA 10.17 TIDAK WUJUD dalam PERLEMBAGAAN UMNO, yang mana Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberi tempoh lanjutan setahun kepada UMNO di bawah klausa tersebut.
Beliau berkata isu berkenaan hanya menimbulkan lebih banyak persoalan tentang status UMNO sekarang dan meminta RoS untuk memberikan penjelasannya.
"Mereka (UMNO) berkata bahawa parti masih hidup kerana (tempoh lanjutan) diluluskan oleh RoS di bawah KLAUSA 10.17," katanya ketika menyampaikan ucapannya di Dewan Rakyat hari ini.
"Bagaimanapun, pemeriksaan yang kita lakukan terhadap PERLEMBAGAAN UMNO mendedahkan bahawa *TIADA KLAUSA sedemikian wujud. *Saya berkata demikian kerana saya adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan parti itu. Mereka tidak boleh berbohong kepada saya."
Pada 5 Mac, RoS mengesahkan bahawa ia telah memberi kelulusan tempoh lanjutan untuk UMNO untuk mengadakan pemilihan Majlis Tertinggi, dan menyatakan bahawa ia adalah selaras dengan KLAUSA 10.17.
RoS dalam satu kenyataan berkata klausa membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan, tidak melebihi 18 bulan dari tarikh ia sepatutnya diadakan.
Pemeriksaan ke atas PERLEMBAGAAN UMNO telah mengesahkan bahawa KLAUSA 10.17 TIDAK WUJUD.
Walau *bagaimanapun, Klausa 10.16 perlembagaan menyediakan pelanjutan yang sama seperti yang dinyatakan oleh RoS dalam kenyataan itu.*
Muhyiddin mempertikaikan penghakiman RoS, dengan menjelaskan parti-parti pembangkang tidak diberikan layanan serupa; kedua-dua DAP dan PPBM telah menghadapi masalah pembatalan pendaftaran dari pendaftar.
"Yang jelas adalah UMNO yang telah MELANGGAR PERLEMBAGAAN SENDIRI dengan menangguhkan pemilihan parti selama LEBIH daripada 18 BULAN," katanya.
"Kenapa tidak ada tindakan dari RoS ? Adakah mereka menuruti perintah kerajaan? SAYA MAHU PENJELASAN.”
Post a Comment