Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia



Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi ini.

Menurut Facebook Mukhriz Mahathir FC, difahamkan beliau meninggal dunia sebelum subuh di kediamannya di Pantai Dalam.

Ia memetik anak Allahyarham berkata, Sanusi meninggal dunia pukul 6 pagi tadi selepas wuduk semasa menunggu waktu solat Subuh.

Beliau meninggal dunia di usia 75 tahun.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi menteri pembangunan negara dan luar bandar pada 1981 dan kemudian menjadi menteri pertanian pada 1986.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai menteri besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Sementara itu, Bernama melaporkan, anak Allahyarham, Akhramsyah Sanusi berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat menunaikan solat subuh bersama isteri dan seorang lagi anaknya. 


"Semalam arwah bapa ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan semuanya tiada masalah, malah arwah sempat menghadiri pelancaran manifesto Pakatan Harapan malam tadi tanpa menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

"Pagi tadi selepas arwah selesai mengambil wuduk dan siap berpakaian menunggu untuk bersolat berjemaah tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pantai Dalam hari ini.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khatab untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat. 






________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.