Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PAS perkenalkan maksud pembangkang beradab



PAS tidak keluar Dewan kerana mahu membezakan tarbiyah politiknya dengan PKR, DAP dan Amanah

PAS bukan berbuat bodoh. Ia tidak keluar Dewan Jumaat lalu kerana mahu membezakan tarbiyah politiknya dengan PKR, DAP dan Amanah. Membangkang tidak semestinya memboikot perbahasan.
PAS mahu meneliti cadangan Bajet 2017 Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, terlebih dahulu sebelum memberi komen. PAS percaya berlandaskan perbahasan yang sihat dan adil, barulah rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.
PAS bukan tidak boleh membaca dan menganalisis apa yang berlaku di persada politik tanah air. PAS juga tidak setuju cara 1MDB diuruskan. PAS juga ada pendirian tetapi mahu menzahirkannya menurut cara yang budiman dan betul.
"Kita ada cara tersendiri melalui peraturan dewan... Saya tidak tahu rancangan (keluar Dewan) itu. Terpulang mereka berkenaan dengan MO1. Kita (PAS) pun persoal juga siapa MO1," kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Watak politik PAS semakin berubah dan membentuk entiti baharu dan segar. Ia tidak mudah melatah dan setiap tindakannya nampaknya disuluh pendekatan lebih yakin dan beradab.
PAS pembangkang berhemah, matang dan sopan
PAS mengulit politiknya seberapa matang, sopan dan sejahtera termampu. Reaksinya terhadap isu dan serangan politik kawan dan lawan disambut dengan tenang dan berhemah.
Namun PAS tetap melaungkan ia parti pembangkang – saingan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). Di segi syaksiahnya PAS lebih selesa mempamerkan jatidiri berbeza dengan cara pemikiran dan perangai pembangkang lain.

Baca selanjutnya dipautan berikut:
http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WnbpRjZg==