Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Polis nasihat Bersih 5.0 dibatalkan

Polis menasihatkan penganjur Bersih 5.0 membatalkan perhimpunan itu pada 19 November ini bagi menjamin keamanan dan ketenteraman awam.
KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan penganjur Bersih 5.0 membatalkan perhimpunan itu pada 19 November ini bagi menjamin keamanan dan ketenteraman awam. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata jika pihak penganjur berkeras mahu mengadakan perhimpunan itu, ia perlu diadakan di lokasi lain yang tertutup. 

"Pihak penganjur Bersih 5.0 sudah berikan notis pada 28 Oktober lalu untuk menganjurkan perhimpunan itu, selain mengadakan perbincangan dengan pihak kami pagi tadi. 


"Bagaimanapun, perhimpunan Bersih 5.0 dirancang diadakan di Dataran Merdeka, namun penganjur tidak mendapat kebenaran pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), justeru kita tidak benarkan perhimpunan itu diadakan di situ," katanya pada sidang media, sebentar tadi. 

Zainol berkata, ia selaras dengan peraturan ditetapkan dalam Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) yang mana penganjur perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran atau kelulusan pemilik tempat.


Baca Selanjutnya di : 
http://www.bharian.com.my/node/208951