Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Malaysia terus beri tekanan pada Myanmar - PM

Malaysia teguh dengan pendirian bahawa ummah mesti terus dibela dan kekejaman mesti dihentikan.

KUALA LUMPUR:
Malaysia akan menggunakan segala saluran yang ada bagi memberi tekanan berterusan kepada Myanmar supaya menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata tekanan itu tidak boleh dihentikan kerana penindasan etnik berkanaan adalah tragedi yang amat menghina Islam.

"Kita nak bagi tahu bahawa tragedi ini mencengkam kalbu kita, isu ini Islam dihina, isu ini juga kesabaran kita dicabar, soal hak asasi manusia dirobek. "Malaysia teguh dengan pendirian bahawa ummah mesti terus dibela dan kekejaman mesti dihentikan," katanya berucap pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, di sini sebentar tadi. Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. 

Najib turut menzahirkan rasa terkilan dengan sikap Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang dilihat tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak dan nasib Rohingya. 

"OIC perlu bertindak. Tolong jangan melihat saja, lakukan sesuatu. Ini bukan masalah kita saja, ini berkaitan agama juga. Kita tidak boleh hanya bersikap tunggu dan lihat saja," katanya. Beliau berkata, tindakan Myanmar menggunakan satu artikel dalam piagam ASEAN untuk mempertahankan tindakan kejamnya ke atas etnik terbabit, amat mengecewakan. 

"Dia (Myanmar) ini pakai satu saja artikel dalam ASEAN, dalam itu banyak artikel iaitu yang berkaitan kita tidak boleh campur tangan dalam urusan negara lain. "(Artikel) yang lain ada disebut mengenai ASEAN menegak dan mempertahan hak asasi manusia, mereka (Myanmar) ini buta ke," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/220134