PM Itali Matteo Renzi Umum Letak Jawatan Susulan Kekalahan Referendum
Perdana Menteri Itali Matteo Renzi pada Isnin mengumumkan dirinya akan meletakkan jawatan selepas kalah referendum mengenai reformasi perlembagaan.ROME: Perdana Menteri Itali Matteo Renzi pada Isnin mengumumlkan dirinya akan meletakkan jawatan selepas kalah referendum mengenai reformasi perlembagaan.
"Pengalaman saya dalam kerajaan berakhir di sini,” Renzi memberitahu dalam sidang media selepas perubahan yang cuba dibawakannya menerima undian penolakan yang jelas.
Kempen undian penolakan yang diketuai Five Star Movement, telah memenangi referendum itu dengan 59.5 peratus.
Hampir 70 peratus rakyat Itali yang layak mengundi pada Ahad telah membuang undi mereka, dan ia dilihat sebagai maklum balas undian yang tinggi sekali gus menunjukkan betapa besar isu yang terkait dengannya.
Renzi berkata, beliau akan menemui Presiden Sergio Mattarella pada Isnin untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya selepas mesyuarat terakhir Kabinet.
Mattarella kemudian akan menentukan pelatikan kerajaan baharu, atau jika tidak, mengarahkan pilihan raya awal.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/pm-itali-matteo-renzi-umum-letak-jawatan-susulan-kekalahan-referendum-124715
Post a Comment