Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Presiden dan Timbalàn Presiden KEADILAN Sewajarnya di Kekalkan dalam Pemilihan KEADILAN 2017.


Pàda hemat saya, bagi melunaskan semangat Perlembagaan dan demokratik KEADILAN serta dalam masa yang sama menjaga kestabilan parti, adalah wajar Presiden dan Timbalàn Presiden dikekalkan tanpa pertandingan.

Mustafa Kamil Ayub Mantan SUA dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dalam pemilihan pimpinan PKR yang dijangka akan diadakan pada tahun 2017 ini. Berikut kenyataan dipetik dari FB beliau:

Berdasarkan pemilihan KEADILAN sebelumnya 2014, mandat 3 tahun kepimpinannya adalah 2014/17 bagi peringkat Cabang dan Pusat. Oleh yang demikian pemilihan berikutnya adalah ditahun 2017 bagi penggal 2017/2020 berdasarkan Perlembagaan KEADILAN.

Pàda hemat saya, bagi melunaskan semangat Perlembagaan dan demokratik KEADILAN serta dalam masa yang sama menjaga kestabilan parti, adalah wajar Presiden dan Timbalàn Presiden dikekalkan tanpa pertandingan.

Hal ini dapat dilakukan dengan muafakat sebulat suara anggota dan cabang-cabang KEADILAN dalam proses pencalonan. Lain-lain jawatan bolehlah dipertandingkan.

Dalam masa yang sama, semua pihak yang bertanding, samaada menang atau tewas mestilah dirangkul bersama dalam saf kepemimpinan selepas pemilihan. Ini penting dalam menyatukan dan membina kekuatan KEADILAN menghadapi PRU 14.

Mustaffa Kamil Ayub 
Mantan SUA dan mantan Naib Presiden KEADILAN.

14 Januari 2017
Kota Damansara