Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Sultan Ibrahim Cabar Dr Mahathir


Dr Mahathir fikir ia mudah untuk membangkitkan isu perkauman kerana pelabur ini datang dari China. Sikap ini amat menjijikkan
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyenaraikan kepada Johor pelaburan besar dari negara Arab, Australia atau Amerika Syarikat (AS) daripada terus 'menghentam' pelaburan China.

Baginda menyatakan rasa kecewa terhadap isu perkauman yang dibangkitkan segelintir ahli politik untuk menjejaskan emosi rakyat Johor dengan bertitah "tindakan itu merupakan kes jelas bertujuan mensabotaj ekonomi dan menghasut sentimen perkauman".

"Jika pelabur mahu melabur di Johor Bahru, adakah kita kata ' tidak, tidak, jika anda dari China, anda tidak boleh datang'.

"Adakah logik di situ? Sesiapa sahaja yang berfikiran waras tahu pelabur China antara yang terkaya dan paling berpengaruh pada hari ini.

"Jadi mengapa ada masalah? Beta mengalu-alukan semua pelabur.

"Dr Mahathir fikir ia mudah untuk membangkitkan isu perkauman kerana pelabur ini datang dari China.

"Sikap ini amat menjijikkan," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, syarikat Malaysia dengan kerjasama kaum Cina dan Melayu turut akan mendapat manfaat daripada penubuhan syarikat China di sini.

Dalam satu temubual eksklusif, baginda bertitah Johor perlu lebih agresif dalam mempromosikan negeri itu untuk menarik lebih banyak perniagaan baharu.

"Oleh sebab itu, beta sendiri pergi mencari pelabur ke negeri ini.

"Kami perlu lebih banyak negara untuk mewujudkan misi dagangan di Johor, sama seperti dilakukan kerajaan British Columbia, Kanada.

"British Columbia akan membuka pejabat wakil Perdagangan dan Pelaburan yang baharu di JB pada Mac ini. Kita tidak boleh terlalu memilih dengan siapa kita menjalinkan hubungan perniagaan.
"Kami berjaya menarik syarikat China, mungkin kita perlu menarik syarikat-syarikat dari India dan negara lain," titahnya.

Sultan Ibrahim turut menamakan Ibrahim International Business District (IIBD) sebagai projek yang baik untuk memacu negeri itu pada masa hadapan.

Dilancarkan pada November 2015, IIBD disasarkan untuk memacu Johor Baru menjadi sebuah bandar raya bertaraf dunia dan metropolis menjelang 2020.

IIBD yang terletak di Wilayah Ekonomi Johor Selatan di sini dibangunkan di atas tanah seluas 101 hektar sebagai tumpuan antarabangsa untuk pelaburan, perdagangan, aktiviti korporat dan perusahaan.

"Kerajaan Persekutuan perlu memberi insentif khas dan pengecualian cukai bagi memastikan kejayaan projek tersebut yang akan menarik lebih banyak syarikat asing ke negeri itu.

"Sebagai penjaga rakyat, beta tahu apa yang terbaik untuk rakyat Johor," titahnya.-mStar