Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Tantawi cabar DAP..Nak Try saman TGHH, Silakan!


1. "Kelmarin dulu" dia putuskan hubungan dengan Presiden PAS, "kelmarin" dia hulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS dan "hari ini" dia bertekad untuk saman Presiden PAS. "Esok" entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP itu ?

2. Saya namakan pelan dan strategi DAP ini sebagai "Strategi Serba Tak Menjadi". Saya percaya mereka berusaha untuk hancurkan PAS. Mereka mahu pecahbelahkan PAS dan mereka mahu PAS menjadi parti yang lemah dan tidak lagi menjadi saingan mereka di pentas politik tanahair. 

3. Detik mereka putuskan hubungan dengan Presiden PAS tempohari, mereka sangka Presiden PAS akan terus terpinggir dan kalah dalam pertandingan kepimpinan PAS sementara mereka mengharapkan boneka mereka mengambil alih kepimpinan PAS. Ternyata mereka silap dan langkah mereka tersadung.

4. Seluruh ahli PAS teguh bersama Presidennya kecuali segelintir yang rela diri mereka menjadi "kayu pengalung" kepada DAP. Sebahagiannya lari meninggalkan PAS setelah gagal melampiaskan strategi dan kemahuan DAP dalam mencatur kepimpinan PAS.

5. Kemudian mereka tanpa segan silu menghulurkan salam perdamaian melalui media. Langsung tidak mempamerkan adab orang yang mahu berdamai. Paling tidak memohon maaf atas keceluparan lalu dan datang bertandang ke "rumah" PAS membawa salam perdamaian. 

6. Salam perdamaian yang dihulurkan oleh DAP melewati media lagak "salam" kumpulan samseng kepada musuhnya. Bukan bermaksud mendamaikan tetapi lebih bertujuan meruncingkan pertelingkahan dan mempersendakan lawan. 

7. Ketidaksabaran pemimpin DAP menyembunyikan hasrat sebenar "perut pedal" mereka akhirnya begitu pantas menyerlahkan amarah dan kebencian mereka yang sebenarnya tidak pernah padam terhadap PAS dan pemimpinnya. Kali ini mereka pula mahu menyaman Presiden PAS.

8. Jika DAP berkira-kira sekali lagi mahu melemahkan Presiden PAS dan parti yang dipimpin oleh beliau dengan strategi samannya yang terkini, maka sekali lagi strategi tumpul mereka pasti tidak akan menjadi. Sebaliknya mereka akan terus "kempunan" untuk melampiaskan cita-cita busuk mereka.

9. Malah mereka akan menyaksikan saf kepimpinan dan ahli PAS kian utuh menggalas cita-cita perjuangan Islam bersama Presidennya. Keutuhan saf perjuangan PAS diikat dengan prinsip Islam yang diperjuangkan.

10. Saya mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepimpinan DAP yang mempersendakan hukum agama Islam dan sekaligus mempamerkan semangat anti Islam mereka kepada umum. Insyaallah, jika DAP saman Presiden PAS maka ratusan ribu malah jutaan ummat Islam termasuk non muslim yang menghormati Islam akan bangkit menjadi "peguam bela" pemimpin gerakan Islam itu. 

DAP nak try ..... silakan !

Sekian.