Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Perlu Dibezakan Antara ‘Kutuk Umno’ dan Kritik Kerajaan

Perlu dibezakan antara mengutuk Umno dan mengkritik kerajaan. Kita selalu mendengar guru-guru mengata pemimpin Umno ketika mereka dipaksa menghadiri program Umno, dan bukannya program yang dianjurkan kerajaan.



KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatakuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, perlu dibezakan antara ‘mengutuk’ Umno dan mengkritik kerajaan.

Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa para guru mempromosi pembangkang dan mengutuk kerajaan.

Katanya, apa yang selalu kedengaran adalah, para guru mengutuk Umno dan para pemimpinnya.

“perlu dibezakan antara mengutuk Umno dan mengkritik kerajaan. Kita selalu mendengar guru-guru mengata pemimpin Umno ketika mereka dipaksa menghadiri program Umno, dan bukannya program yang dianjurkan kerajaan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang berkata, para guru sering menyebelahi pembangkang dan memperkecil-kecilkan kerajaan.

Mahdzir berkata, guru yang bertindak seumpama itu, perlu meletakkan jawatan.

Menurut Dr Azman, pengalamannya menghadiri Majlis Mesyuarat PIBG dan Penyampaian Hadiah di sekalah anaknya pada tahun lalu sangat memalukan.

Katanya, pada majlis tersebut, Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa telah bertukar menjadi seorang ‘badut’.

“Apabila menteri yang dijemput tidak hadir dan beliau menggantikannya, beliau berlagak macam ‘badut’ atas pentas…….habis rosak protokol majlis,

“bila buat perangai macam itu……….memang kena kutuk lah……..bukannya kritik kerajaan!,” jelasnya. ---BULETINONLINE.NET