Inflasi naik lagi! Kerajaan diminta jangan terlelap!
Tiga faktor utama yang telah menyumbang kepada kenaikan inflasi: harga minyak yang tinggi, kelemahan nilai ringgit dan kerajaan yang lambat bertindak.Apakah kerajaan sedang mengharapkan bahawa kadar inflasi ini akan menurun dengan sendirinya tanpa perlu melakukan apa-apa? PAS ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ketika beliau memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan pulih pada tanggal 9 December 2016 yang lalu, nilai Ringgit berada pada tahap RM4.40 ke USD $1.Dan setelah 4 bulan dan 10 hari berlalu, nilai Ringgit masih berada pada tahap RM4.40 ke USD$1! Jelas keyakinan yang diberikan itu sekadar penyedap hati.Inflasi meningkat lagi di bulan Mac. Kini, ia berada di tahap 5.1%, meningkat 0.6% berbanding bulan Februari 2017. - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS
Tiga faktor utama yang telah menyumbang  kepada kenaikan inflasi: harga minyak yang tinggi, kelemahan nilai  ringgit dan kerajaan yang lambat bertindak.
Apakah kerajaan sedang mengharapkan bahawa kadar inflasi ini akan menurun dengan sendirinya tanpa perlu melakukan apa-apa?
Kerajaan dinasihatkan jangan meletakkan  harapan bahawa harga minyak sedunia boleh menjadi stabil untuk dua suku  terakhir 2017. Ini kerana ketegangan di peringkat dunia akan menjadi  semakin tidak menentu dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald  Trump yang bukan sahaja melulu, bahkan beremosi dan sukar dijangka.
Jika kerajaan meletakkan harapan bahawa  inflasi akan pulih dengan pemulihan nilai Ringgit, PAS ingin  mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ketika beliau  memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan  pulih pada tanggal 9 December 2016 yang lalu, nilai Ringgit berada pada  tahap RM4.40 ke USD $1.
Dan setelah 4 bulan dan 10 hari berlalu,  nilai Ringgit masih berada pada tahap RM4.40 ke USD$1! Jelas keyakinan  yang diberikan itu sekadar penyedap hati.
Setakat ini, sebenarnya tiada apa-apa  jaminan yang boleh memastikan nilai Ringgit akan pulih mahupun harga  minyak sedunia akan kembali stabil di 2017. Bahkan, kerajaan sendiri pun  tidak pasti.
Memandangkan SPRM kini semakin hebat  membantu kerajaan membasmi rasuah, sepatutnya perbelanjaan kerajaan dah  berkurangan ekoran kurangnya kebocoran dan ketirisan.
Penjimatan itu kini boleh disalurkan kembali sebagai subsidi kepada rakyat untuk menampung kenaikan kos sara hidup ini.
Subsidi rakyat tidak wajar ditarik balik kerana kegagalan kerajaan menangani isu kebocoran dan ketirisan.
Selain itu, sistem GST yang amat  menganiaya rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah (golongan  B40) perlu dimansuhkan. Hasil pendapatan negara melalui GST boleh  ditampung dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat, dan cukai  atas keuntungan perdagangan saham bagi menampung ekonomi negara.
Langkah ini dipercayai akan dapat  meningkatkan kemampuan perbelanjaan dan kekuatan modal golongan B40  berbanding GST tatkala berdepan dengan kenaikan inflasi yang dirasai  hari ini.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 April 2017
Timbalan Presiden PAS
19 April 2017

Post a Comment