Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Salah Faham Terhadap Paracetamol




"Doktor, bolehkah Paracetamol yang dimakan akan tersimpan di dalam tubuh?"

Selepas paracetamol ditelan, bahan aktifnya dicernakan di dalam perut dan diserapkan ke dalam salur darah. Seterusnya paracetamol dimetabolismakan (atau ditoksifiakasikan kepada bahan yang lebih ringkas) di dalam hati.


Dalam hati, metabolisme paracetamol dilakukan dengan tiga cara.

1. Sebahagian besarnya (50%) menjalani proses "glucuronidation"

2. Sebanyak 30% lagi menjalani proses "sulfat conjugation"

3. Selebihnya (20%) menjalani proses "N-hydroxylation, dehidration"dan
GSH conjugation"

Akhir sekali, ketiga-tiga proses ini membentuk bahan sebatian NAPQI (N-acetyl-p-benzoquinone imine). Bahani ni tidak aktif, dan tidak beracun. Ia dikeluarkan melalui airkencing melalui buah pinggang.

Sebahagian kecil paracetamol yang melalui proses ketiga itu menghasilkan bahan seatian NAPQI (N-acetyl-p-benzoquinone imine). Bahani ni yang lebih aktif dan beracun. Bahan inilah yang menyebabkan kerosakan pada hati dan buah pinggang.

Oleh itu benar jika ada yang mendakwa paracetamolyang diambil akan berkumpul di dalam badan. ia sebenarnya dikeluarkan melalui air kencing.

Jika pengambilan paracetamol dilakukan dalam dos yang tinggi, metabolisme cara1 dan 2 yang lebih selamat menjadi tepu. Proses metabolisme paracetamol akan dilakukan dengan cara 3, menyebabkan lebih banyak bahan sebaik NAPQI yang toksik pada hati dan buah pinggang terhasil.

Bagi mengurangkan kesan toksik pada buah pinggang dan hati, paracetamol harus diambil dalam kuantiti dos yang kecil dan selamat, dan ia harus diambil dengan meminum air yang banyak.

Sumber: https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/