Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Lorong Tambah Nilai PLUS ditutup 11 hari



PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua 134 Lorong Tambah Nilai bermula 22 Jun hingga 2 Julai ini, bagi mengurangkan kesesakan pergerakan trafik pada cuti Aidilfitri ini.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail, berkata orang ramai dinasihatkan untuk memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.

"Mereka boleh menambah nilai di 9,200 lokasi termasuk di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, dan stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pusat khidmat pelanggan PLUS akan beroperasi pada setiap hari antara jam 7 pagi hingga 10 malam, bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai.

Beliau berkata, PLUS menjangkakan kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti Aidilfitri meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/292515?m=1