Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Ahli Akademik berperang di Media?

DR MASZLEE BARUA AMANAH, PENGANALISIS POLITIK CIKAI



Pada 8 Julai lalu, portal berita The Malaysian Insight melaporkan kenyataan Dr Maszlee Malik dalam satu forum bertajuk ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies’ yang diadakan di Menara Wesley, Kuala Lumpur, pada hari itu. 



Kenyataan Dr Maszlee di dalam forum anjuran badan pemikir Kristian, Kairos Dialogue Network, ini dilaporkan di dalam berita bertajuk “Evangelicals latest BN scapegoat, interfaith forum told” dan “Kristian Malaysia tidak sokong Zionism, kata forum antara agama”.

Berita bertajuk “Evangelicals latest BN scapegoat, interfaith forum told” ini melaporkan:

“THE recent round of anti-evangelical Christian bashing was part of a pattern where Barisan National (BN) looked for scapegoats to distract the public from its weak position, a political scientist said at an interfaith forum on Christian evangelicals today.
Dr Maszlee Malik said BN politicians had employed this tactic in the past by politicising issues involving ethnic Chinese, Singapore or allegations of ‘Christianisation’, in order to rally support and stoke Malay or nationalist sentiments. 
Today he addressed evangelical concerns about recent rhetoric, such as lecturer Kamarul Zaman Yusoff’s accusation that Selangor Assembly Speaker Hannah Yeoh had used her biography to proselytise Muslims, the uproar last month over the Jerusalem Jubilee celebration in a Malacca church that was eventually cancelled, and a call by a Muslim human rights group to ban evangelical Christianity. 
“If you notice, all this bashing and blaming of scapegoats is when BN is in crisis,” said Maszlee at the forum ‘Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelicals and Current Controversies’ held at Menara Wesley in Kuala Lumpur today.
Some academics and think tanks inflame these sentiments, added Maszlee, who also teaches at the International Islamic University Malaysia in the Faculty of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. 
Kamarul Zaman, who made issue out of Yeoh’s book, is a an academic at Universiti Utara Malaysia, while the call to ban evangelical Christianity was made by the Centre of Human Rights Research and Advocacy (Centre), a think-tank formed by a coalition of Islamic organisations, which includes other academics.”

Berita bertajuk “Kristian Malaysia tidak sokong Zionism, kata forum antara agama” pula melaporkan:

“Maszlee juga mengatakan yang serangan anti-evangelical Kristian ialah sebahagian daripada cara Barisan Nasional (BN) mencari kambing hitam bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kedudukannya yang semakin lemah.
Dia berkata ahli politik BN pernah menggunakan taktik yang sama dengan mempolitikkan isu melibatkan kaum China, Singapura atau tuduhan ‘Kristianisasi’, dalam cubaan untuk meraih sokongan dan mempergunakan sentimen Melayu atau kebangsaan.
Dia bercakap mengenai kebimbangan evangelical tentang retorik terbaru misalnya yang digunakan Kamarul Zaman Yusoff dengan mendakwa Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh menggunakan biografinya untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, kekecohan yang berlaku bulan lepas mengenai sambutan Jerusalem Jubilee di sebuah gereja Melaka yang akhirnya dibatalkan dan desakan sebuah kumpulan pemikir Islam supaya evengelical Kristian di negara ini diharamkan.
“Kalau anda perasan, semua kecaman dan salah menyalahkan kambing hitam ini berlaku ketika BN dalam krisis,” kata Maszlee di forum (tersebut).”

Kelakar sekali bila Dr Maszlee, tanpa memberikan sebarang bukti, mengaitkan tulisan saya, selain Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, mengenai isu Kristianisasi dengan agenda Barisan Nasional.

Di sebalik cubaan dangkal Dr Maszlee mengaitkan tulisan saya, selain Azril, mengenai isu Kristianisasi dengan agenda BN, di sini saya akan menanyakan Dr Maszlee beberapa soalan yang akan mengaitkan beliau dengan agenda Pakatan Harapan, khasnya AMANAH:

(1) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai Bengkel Perancangan Strategik AMANAH di Hotel Bangi-Putrajaya pada 5 September 2015?

(2) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda diumum memberikan usrah kepada AMANAH Sabah Bahagian Pantai Barat pada 9 September 2015?

(3) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai pelancaran AMANAH peringkat Wilayah Persekutuan pada 13 September 2015?

(4) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting AMANAH bertajuk “Special media statement of Parti Amanah Negara in conjunction of International Day of Persons with Disabilities 2015” dengan mengomen “congrats AMANAH!!!” dan “an OKU friendly party you guys are!” di dalam Facebook anda pada 2 Disember 2015?

(5) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda memberi pengisian kepada Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan di Wisma Harapan Baru AMANAH Batu pada 8 Januari 2016?

(6) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai Nadwah Ulamak lil Nahdah Jadidah (NUNJI) peringkat Wilayah Utara anjuran AMANAH di Perpustakaan Awam Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada 25 Mac 2016?

(7) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting AMANAH bertajuk “OKU antara calon AMANAH bagi PRN Sarawak” dengan mengomen “tahniah AMANAH kerana melaksanakan dasar kesataraan untuk semua dengan pencalonan OKU di dalam PRN Sarawak” dan “saya harap pengundi Sarawak boleh memberikan peluang kepada OKU mewarnai suasana DUN Sarawak sekaligus mewarna ceriakan politik negeri tersebut!” di dalam Facebook anda pada 26 April 2016?

(8) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi video AMANAH yang memuatkan rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pengundi mengundi calon AMANAH di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi memastikan BN tumbang di dalam Facebook anda pada 12 Jun 2016?

(9) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi video AMANAH yang memuatkan profail calon AMANAH di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli, di dalam Facebook anda pada 12 Jun 2016?

(10) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting terbitan AMANAH bertajuk “4 tips untuk tarawih yang mesra alam” dengan mengomen “respek kepada AMANAH dengan tips mesra alam ini” dan “ini barulah world-class mentality” di dalam Facebook anda pada 13 Jun 2016?

(11) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai AMANAH, yang didakwa pilihan politik terbaik mereka, pada 27 Jun 2016?

(12) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai NUNJI peringkat Wilayah Persekutuan anjuran AMANAH di Crystal Ballroom, Mines 2, Seri Kembangan, Selangor, pada 13 Mei 2017?

Dr Maszlee, tidakkah anda juga merasakan bahawa anda adalah penganalisis politik cikai bila seruan anda kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya menyertai AMANAH, yang didakwa pilihan politik terbaik mereka, di dalam laporan akhbar Sinar Harian bertajuk “Sertai AMANAH pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz” pada 27 Jun 2016 langsung tidak dipandang sebelah mata oleh mereka?

(Nota: Untuk makluman Dr Maszlee, saya sendiri bukanlah penganalisis politik cikai seperti anda bila beberapa seruan saya, umpamanya supaya Datuk Husam dipecat dari PAS (lihat contohnya laporan akhbar Sinar Harian pada 6 Februari 2016 bertajuk “Karier politik Husam bagai ‘telur di hujung tanduk’” dan laporan akhbar Berita Harian pada 15 Februari 2016 bertajuk “Husam boleh dipecat langgar tatatertib PAS”), supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO (lihat contohnya laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Mac 2016 bertajuk “Muhyiddin patut kena tindakan” dan laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Mac 2016 bertajuk “UMNO kena pecat Muhyiddin, Mukhriz”), dan supaya PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR (lihat contohnya laporan akhbar Berita Harian pada 24 Jun 2016 bertajuk “PAS tidak perlu tahaluf siyasi dengan PKR” dan laporan akhbar Berita Harian pada 31 Mac 2017 bertajuk “Pengkhianatan PKR punca PAS henti kerjasama politik”), secara kebetulannya menjadi kenyataan.)