PATI: 155,813 hilang dari senarai imigresen
LAPORAN AUDIT Majoriti Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang dihantar pulang antara 2014 dan 2016 hilang daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, menurut siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2016.
Jabatan itu mengusir 179,364 pendatang tanpa izin dalam tempoh itu, yang mana 155,813 tidak ditandakan pada sistem "myIMMs" Jabatan Imigresen.
Kesalahan membabitkan PATI- sama ada tinggal lebih masa, menyalahgunakan atau melanggar pas lawatan, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau menggunakan dokumen perjalanan palsu - adalah suatu kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Mereka yang ditangkap melakukannya akan dihantar pulang setelah semua proses dokumentasi selesai. Mereka juga akan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia jika disabitkan di bawah akta berkenaan.
Dalam maklum balas kepada Laporan Ketua Audit Negara bertarikh 26 April, Jabatan Imigresen menyatakan bahawa bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod akan menyemak mengenai perbezaan data tersebut.
Post a Comment