CEO IKSIM: Khalid Samad, kita jumpa di Mahkamah nanti
Mereka menggunakan politik untuk menghalang Akta 355 yang merupakan satu-satunya constitutional way untuk naikkan kadar bidangkuasa hukuman Mahkamah Syariah. Nothing politic bila saya nyatakan kita masih gagal kerana ada political objection by them.
Putrajaya, 24 Okt 2017 – “Pukul 1 tengahari tadi, surat yang Khalid Samad canangkan ke seluruh dunia sejak tiga minggu lepas, dah sampai ke pejabat saya. Saya dah faks dan emailkan jawapan balas melalui peguam jam 5 petang tadi. Kami tidak perlu mengambil masa berminggu-minggu dan teragak-agak seperti dia bermain persepsi media. 4 jam sudah cukup untuk menjawab surat tuntutan dia. Beritahu dia (Khalid Samad), kita jumpa sahaja di mahkamah.”
Dato’ Prof Mahamad Naser bin Disa, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), semasa dihubungi pihak Menara.my. Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad membuat sidang akhbar pada 17 Oktober 2017, menuntut CEO IKSIM tersebut membayar kepadanya RM 1 juta dan membuat permohonan maaf yang diterbitkan di dalam akhbar-akhbar utama.
Khalid Samad dalam kenyataannya sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti berikut. “Runding dengan saya daripada nak hadapi mahkamah dan dimalukan dalam mahkamah kerana tuduhan dia buat dalam masjid jelas satu pembohongan atau fitnah,”
Ketika diajukan soalan oleh wartawan Menara.my, apakah benar dakwaan Khalid Samad bahawa kenyataan yang dikeluarkan CEO IKSIM di forum JAIS di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam itu merupakan satu fitnah dan dikatakan berpolitik dalam mesjid, Prof Dato’ Naser menjawab, “Fitnah apa? Berderet fakta! Kalau pun dia kemaruk sangat nakkan RM 1 juta dan permohonan maaf, establish your facts di mahkamah, tak perlu auta dengan menggunakan media backed by yahudi.
Puak-puak dia yang salahguna program JAIS untuk cuci bangkai gajah mereka. Saya hanya perjelaskan hukuman bagi kesalahan doktrin palsu yang terlalu rendah sekarang adalah kerana kita masih gagal meminda Akta 355.
Memang orang politik termasuk dari Shah Alam yang menjadi penghalang, Itu fakta. Adakah hanya kerana malu atau takut menerima cercaan umat Islam, maka saya pula yang difitnah sebagai bercakap politik dalam masjid.”
“Merekalah sebenarnya yang mempolitikkan program JAIS itu untuk menutup kesalahan yang dilakukan ahli-ahli Parlimen mereka. Cepat benar mereka belajar politik auta dari rakan-rakan mereka. Orang kaki auta macam ni kita kena ajar mereka berpolitik secara Islam dan jangan mempolitikkan Islam. Mereka menggunakan politik untuk menghalang Akta 355 yang merupakan satu-satunya constitutional way untuk naikkan kadar bidangkuasa hukuman mahkamah syariah. Nothing politic bila saya nyatakan kita masih gagal kerana ada political objection by them. I think, JAIS yang menjadi penganjur dan menjemput saya untuk present my paper pun perlu faham tentang hakikat ini dan jangan terjebak dengan politik auta puak-puak ni.”
Post a Comment