Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

PDRM didesak ambil tindakan lebih tegas terhadap Ustaz Wan Ji Wan Hussin



KENYATAAN MEDIA

oleh

GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera

14 Oktober 2017
24 Muharram 1439

PDRM DIDESAK AMBIL TINDAKAN LEBIH TEGAS TERHADAP USTAZ WAN JI WAN HUSSIN

Baru-baru ini dimaklumkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bahawa satu tangkapan telah dibuat oleh PDRM terhadap seorang penceramah Ustaz Wan JunWan Hussin yang juga pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang atas kesalahan menghasut yang dipercayai berkaitan video yang tersebar tentang pelan Ustaz Wan Ji untuk menghapuskan institusi Sultan & Raja dan berhasrat untuk mewujudkan Republik Malaysia.

GPMS menyokong usaha tindakan pantas PDRM untuk menahan Ustaz Wan Ji dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Namun, GPMS telah memperincikan sedutan video Ustaz Wan Ji yang tersebar luas dan mendesak supaya pihak PDRM untuk menyiasat Ustaz Wan Ji di bawah Seksyen 121B Bab VI Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membolehkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau dikenali SOSMA Act digunapakai terhadap Ustaz Wan Ji.

PDRM perlu melihat tindakan dan ucapan Ustaz Wan Ji adalah jauh lebih berbahaya kerana ucapan beliau berbentuk menggerakkan suatu usaha untuk menggulingkan Yang Di Pertuan Agung (YDPA) , Sultan & Raja Melayu dan untuk mewujudkan negara Republik Malaysia.

Disamping itu juga GPMS melihat tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditunjangi parti DAP melantik Ustaz Wan Ji sebagai Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang juga dilihat sebagai satu muslihat untuk menyokong gerakan Ustaz Wan Ji. GPMS juga mendesak PDRM untuk menyiasat pemimpin-pemimpin DAP yang bersubahat dengan Ustaz Wan Ji dan juga dalang bersama untuk menjatuhkan institusi YDPA, Sultan & Raja Melayu.

Justeru, GPMS mendesak PDRM menggunapakai undang-undang yang lebih tegas seperti yang dicadangkan oleh GLMS supaya perbuatan ini dapat dibendung dan dicegah dari awal daripada terus menular dalam kalangan masyarakat khususnya kepada generasi muda.

Salam hormat
Zambri Mohd Isa
Presiden GPMS