PRU14: Analisis pertembungan tiga penjuru di Kelantan
Pertembungan tiga penjuru dijangka mewarnai banyak tempat memandangkan BN juga akan bertanding kesemua kerusi di negeri Kelantan yang juga senonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. PAS juga dijangka bertanding semua kerusi DUN dan parlimen memandangkan mereka tidak lagi mempunyai kerjasama dengan PKR.
Penguasaan semasa kerusi DUN antara parti di Kelantan membabitkan 31 kerusi milik PAS, manakala BN menguasi 12 kerusi dan AMANAH memiliki satu kerusi. Manaka kerusi parlimen pula PAS menguasai sembilan kerusi dan BN bertapak di lima kerusi
PAN tumpu di 32 kerusi DUN
Parti Aamanah Negara dikatakan memberikan tumpuan kepada beberapa kawasan kritikal dan berpotensi PAS tersebut seperti DUN Jelawat, Wakaf Bharu, Air Lanas, Selising dan Semerak, dengan harapan pertembungan tiga penjuru dengan BN akan berpihak kepada calon mereka.
Di DUN Jelawat contohnya dimenangi PAS pada pilihan raya lalu dengan majoriti 102 undi; Wakaf Bharu dengan 978 undi atau kawasan PAS tewas tipis seperti di Air Lanas yang dimenangi BN dengan majoriti 47 undi.
Sementara itu, PKR Kelantan pula dilihat akan diberi tanggungjawab bertanding di enam kerusi DUN, tambahan dua kerusi di samping empat yang ditandingi sebelum ini – Pengkalan Kubor, Kuala Balah, Guchil dan Nenggiri.
BERSATU dijangka bertanding di lima kerusi manakala DAP berharap diberi peluang bertapak di Kelantan di dua kerusi, iaitu Kota Lama dan Galas, selepas lama tidak bertanding di negeri itu.
Bagaimanapun, menurut sumber, peluang DAP untuk mendapatkan kerusi itu masih 50-50 setakat laporan ini ditulis.
Selain HARAPAN, PAS dan BN, Kota Lama turut bakal menyaksikan penyertaan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sudah menyatakan minat mereka.
BERSATU dapat parlimen luar bandar
Sementara itu, bagi kerusi parlimen pula peluang diberikan parti serpihan Umno, BERSATU.
Parti yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dikatakan bakal bertanding di lapan daripada 14 kerusi parlimen Kelantan.
.
BERSATU Kelantan dijangka bertanding di parlimen luar bandar antaranya seperti Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh, Rantau Panjang, dan Tumpat.
"BERSATU akan jadi "pengacau" di parlimen luar bandar khususnya kubu kuat umnl seperti Gua Musang dan Jeli.
"Ia juga diambil kira melalui aspek kesediaan calon dalam kalangan pimpinan BERSATU yang dilihat mampu untuk diangkat ke Dewan Rakyat, " tambah sumber tersebut.
AMANAH pula bakal bersaing di parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Bachok, manakala PKR mungkin menyahut cabaran di kawasan lama mereka, iaitu Ketereh, Machang dan Pengkalan Chepa.
Post a Comment