Surat terbuka kepada ahli Parlimen Sepang
Warkah daripada Budak Berhingus kepada Abang YB Sepang
1. Terima kasih banyak kepada Abang YB yang begitu bersungguh untuk responbalas terhadap apa yang saya dedahkan berkenaan sandiwara Pakatan Harapan berkenaan undi belah bahagian.
Tidaklah saya sangka penulisan seorang budak pejabat atau sekadar "budak berhingus" seperti saya ini mendapat perhatian luar biasa Abang YB.
2. Abang YB memperlekeh saya dengan menggunakan perumpamaan pepatah melayu "bapa borek anak rintik", untuk menggambarkan saya mengikut jejak langkah pemimpin PAS.
Ya, semestinya saya berhasrat menjadi pewaris perjuangan PAS bukannya DAP apatah lagi PAN.
Selagimana PAS berada di landasan perjuangan menegakkan Islam, insyaAllah saya tetap teguh bersama bahtera ini walau pelbagai ujian datang melanda.
3. Adakalanya saya kasihan melihat Abang YB kerana kelihatan seperti dihinggapi penyakit 'gila talak'. Abang YB sudah pun keluar daripada PAS dan menubuhkan PAN setelah kalah dalam pemilihan tahun 2015.
Sekarang sudah tahun 2017, posting FB Abang YB pada setiap hari bagaikan orang meroyan, tidak sah kalau tidak menghina dan mengutuk PAS, 'parti suci' yang Abang YB gelar.
Bahkan, nama FB Page Abang YB pun masih menggunakan nama PAS. Abang YB masih rindukan PAS ke.?
4. Izinkan saya budak berhingus ini menasihati Abang YB agar tidak lupa akan hakikat bahawa Abang YB dapat bergelar Yang Berhormat dan menikmati elaun bulanan Ahli Parlimen yang berjumlah RM 25,000 itu adalah hasil daripada kemenangan kerusi yang ditandingi atas nama Parti Islam Se Malaysia (PAS), parti yang Abang YB hina dan keji sepanjang hari.
Abang YB juga mungkin sudah terlupa teks Baiah janji setia ketika menjadi calon PAS pada PRU 13 dulu;
" Wallahi , Wabillahi , Watallahi , bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.
"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."
Semoga kita semua ingat asal usul diri kita dan sedar akan tiba masanya kita akan pulang bertemu kembali menghadap Allah Yang Maha Esa.
Wassalam.
Daripada,
'Budak Berhingus Pejabat Parti Suci'
Post a Comment