Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

'Kini jelas AS dibawah telunjuk Zionis!' - Penganalisis



KUALA LUMPUR: Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat adalah petunjuk sebenar yang dicari umat Islam selama ini, iaitu Washington berada di bawah telunjuk mahupun jerat Zionis.

“Ini sememangnya membuktikan bahawa Amerika Syarikat benar-benar berada dibawah telunjuk Israel dan tidak dapat lari daripada kongkongan orang Yahudi yang berada di Israel, Eropah atau Amerika,” kata Penganalisis Asia Barat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Kamaruzaman Yusoff.

Katanya, apa yang telah dilakukan Trump ini mengakibatkan semua usaha yang dirintis dilakukan pemimpin Islam dan Barat untuk membentuk penyelesaian, termasuk penyelesaian dua negara di tanah Palestin ranap.

Beliau turut menggesa Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC) yang pada asasnya ditubuhkan untuk memperjuangkan isu Palestin perlu bertindak lebih agresif.

“Tidak hanya sekadar mengeluarkan kenyataan tetapi (pertubuhan ini perlu) bersama-sama berusaha meruntuhkan ekonomi Israel," jelasnya.

Beliau berpendapat, Jordan dan Turki adalah negara yang paling layak menerajui usaha itu.

Sementara itu, Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra menyebut pengiktirafan atau usaha memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis merupakan satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.

Ia juga satu pencabulan kepada hak orang Islam dan Kristian.

Trump pada awal pagi Khamis (1 pagi waktu Malaysia) mengumumkan pengiktirafan rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Trump begitu angkuh tidak mengendah bantahan masyarakt sivil dunia, sekali gues mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitumaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.--AstroAwani