PAN ibarat rumah siap, pahat masih berbunyi?
Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam 7 Januari lalu memutuskan PPBM bertanding di 52 kerusi parlimen, PKR (51), DAP (35) manakala PAN (27) bagi kerusi parlimen di Semenanjung.
Belum apa-apa Parti Amanah Negara (PAN) buat kecoh kononnya kecewa sangat dengan pembahagian kerusi dalam Muafakat Pakatan Harapan ni. Pada hal, DAP pun banyak juga “bertolak ansur” bila mereka hanya tinggal 35 kerusi daripada 36 kerusi yang ditandingin di Semenanjong pada PRU ke-13 yang lepas.
Di kalangan PAN, paling tidak mencerminkan Muafakat PH adalah PAN Johor bila sanggup melakukan boikot. “Ini (boikot konvensyen) sebagai signal supaya Pakatan Harapan lebih adil dalam agihan kerusi. Daripada 26 kerusi Parlimen di Johor kita hanya dapat dua, tak sampai 10 peratus jumlah keseluruhan.
Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, parti itu kecewa apabila hanya diberikan dua kerusi Parlimen iaitu Pulai dan Parit berbanding dengan lima kerusi yang diminta termasuk Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Ayer Hitam.
Aminolhuda menegaskan, kelima-lima kerusi parlimen yang diminta parti itu majoriti pengundi Melayu dan ditandingi calon dari PAS dalam PRU lalu.
Begitu juga dengan PAN Pahang kecewa dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14 akan datang dengan hanya memperuntukkan satu kerusi sahaja untuk PAN di negeri itu iaitu di Temerloh tetapi permintaan PAN Pahang untuk tiga kerusi di kawasan lain iaitu, Jerantut, Lipis dan Paya Besar dinafikan begitu sahaja.
PAN ni boleh diibaratkan, rumah siap, pahat masih berbunyi. Di Perak pun dilaporkan tidak berpuashati dengan 4 kerusi, iaitu Parit, Parit Buntar, Bukit Gantang dan Lumat. Nampak paling malang. seolah-olah tak wujud langsung bila tidak ada diberikan satu kerusi pun untuk ditandingi pada PRU ke-14 adalah PAN Wilayah Persekutuan dan Perlis.
Editorial 1Media, 10hb Januari, 2018
Post a Comment