Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Pembahagian Kerusi: DAP minta PAN terima, jangan kecoh - Guan Eng



GEORGETOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Parti Amanah Negara (PAN) supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti serpihan PAS itu sepatutnya memberi tumpuan kepada strategi yang jelas bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

"Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi).

"Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas," katanya pada sidang media di KOMTAR di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli PAN yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil bagi kerusi Parlimen parti itu.

Ketika pengumuman konvensyen pakatan pembangkang kelmarin, PAN mendapat agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (52); PKR (51) dan DAP (35).

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/01/372981/guan-eng-beri-amaran-kepada-pan