Sesi akhir Parlimen hingga April
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan Jemaah kabinet telah menetapkan sesi persidangan parlimen ke-6 dan yang terakhir akan bersidang pada 5 Mac hingga 4 April ini.
Sehubungan itu beliau menjangkakan parlimen akan dibubarkan pada sekitar April.
“Ini kerana jemaah menteri yang bermesyuarat pada Rabu lepas menetapkan sesi persidangan parlimen ke-6 dan yang terakhir akan bersidang pada 5 Mac hingga 4 April tahun ini.
“Jarang sekali ketika parlimen bersidang, (parlimen) dibubarkan,” katanya yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan kepada Bernama.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata ketika ditanya berkaitan pilihan raya umum ke-14.
Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir pada 24 Jun ini.
Wartawan Watan-Online
Post a Comment