Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Kelantan lancar Projek Wakaf Katil untuk pesakit terlantar



11 JANUARI 2018 | Kubang Kerian - Projek Wakaf Katil untuk pesakit terlantar telah dilancarkan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob petang tadi bertempat di Kubang Kerian.

Pada majlis itu, sebanyak 90 unit katil telah disampaikan kepada setiap ADUN untuk kegunaan pesakit di DUN masing-masing.

Projek wakaf katil ini merupakan projek wakaf yang diberi kepada pesakit terlantar yang memerlukan dan digunakan hingga mereka sembuh dan tidak lagi memerlukannya kemudian diserahkan kepada pesakit lain pula.

“Perjuangan kita adalah perjuangan aqidah dan berkebajikan dengan landasan keimanan” kata beliau dalam ucapannya ketika melancarkan projek ini dalam program Taklimat Pelaksanaan Program dan Aktiviti Seliaan UPWK bagi tahun 2018 kepada YB ADUN dan isteri.

Selain itu, turut diadakan penyerahan replika Buku Jelira dan kuali kulinari, yang merupakan satu-satunya buku kulinari terbitan Kerajaan Negeri Kelantan hasil koleksi resepi-resepi dibawah program Kursus Kulinari Desa Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) di seluruh negeri Kelantan dan diserahkan kepada YABhg. Datin Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang disampaikan oleh YB Hjh Mumtaz Md Nawi untuk kegunaan PPWK masing-masing.

Like Page Mumtaz Md Nawi Official

https://www.facebook.com/MumtazMdNawiOfficial/posts/1327046384107425