Gagasan Sejahtera dipanggil PIGS?
Terkejut juga saya mendengar ucapan Pengerusi AMANAH Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan Pasir Mas malam tadi, 10 Februari 2018, yang memanggil PAS dengan gelaran PIGS (PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA).
Kata Cikgu Wan Abdul Rahim: “Kita akan mengalahkan PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA, PIGS. Ha, PIGS. Ambo tak sebut, ambo eja jah. Sebut bahaya, eja tak apa. PIGS.”
Panggilan PAS dengan gelaran PIGS ini turut dibuat oleh penceramah yang berceramah selepas Cikgu Wan Abdul Rahim, iaitu Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah.
Pada hemat saya, memanggil PAS dengan gelaran PIGS ini bukanlah satu tindakan yang baik kerana ia boleh meningkatkan lagi suhu politik malah boleh mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat.
Jika gelaran sebegini digunakan oleh ahli bawahan maka ini mungkin boleh diterima sesuai dengan taraf mereka sebagai ahli bawahan, tetapi tidak patut jika mereka yang bergelar Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Negeri turut berbuat demikian.
Apatah lagi kerana penggunaan gelaran PIGS ini adalah sesuatu yang tidak tepat kerana GAGASAN SEJAHTERA sebenarnya bukan sahaja dianggotai oleh PAS dan IKATAN tetapi oleh parti lain seperti BERJASA.
- Dr Kamarul Yusoff
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Post a Comment