PRU 14: Malaysia Timur penentu, Ku Li mungkin pilihan yang ada sebagai PM?
Malaysia Timur jadi penentu
Anggota parlimen Sungai Petani dari PKR Datuk Johari Abdul dilapokan tidak menolak kemungkinan parlimen tergantung tetapi berkata perkara itu akan diselesaikan oleh parti-parti di Sabah dan Sarawak.
Kedua-dua negeri di Malaysia Timur itu sering dianggap sebagai "simpanan tetap" kerapa BN dan pembangkang sukar menembusi negeri berkenaan.
Johari menyifatkan kerajaan Sabah dan Sarawak sebagai "bijak" dan akan menerima sesiapa yang boleh menawarka perjanjian yang lebih baik, terutamanya dari segi autonomi dan pulangan yang lebih baik untuk sumber semula jadi mereka.
"Kenapa bersama BN jika HARAPAN boleh memberikan mereka lebih baik? Ia seperti bermain poker. Mereka telah dibuli terlalu lama, dan sudah tiba masanya untuk mengajar BN," kata Johari.
Johari juga menegaskan mengikut Perlembagaan Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat kini iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia - akan mengetuai eksekutif dalam keadaan parlimen tergantung sehingga seorang perdana menteri baru mengangkat sumpah.
Dalam keadaan sedemikian, Yang di-Pertuan Agong mungkin perlu campur tangan dengan mengarahkan semua pemimpin membentuk gabungan mereka, kata Johari.
"Di sinilah tawar menawar politik akan bermula, kerana setiap parti akan cuba mendapatkan banyak wakil rakyat di pihak mereka," katanya yang tidak menolak wang dan jawatan akan ditawarkan kepada anggota parlimen.
"Mungkin ada keadaan di mana kita mungkin membuat keputusan mengenai Perdana Menteri, yang paling tidak kontroversi, dan siapa yang paling tidak berbahaya (untuk dipilih)," katanya.
Ku Li mungkin pilihan yang ada
Ketika itu Johari berkata Tengku Razaleigh mungkin "pilihan yang baik" sebagai perdana menteri, kerana beliau tidak menyokong Najib dan tidak menyerang HARAPAN.
"Siapa tahu pada masa ini, anggota parlimen boleh melompat kapal di kedua-dua belah parti, dan itulah bagaimana gabungan baru dibentuk," katanya.
Ditanya sama ada PKR bersedia dengan keadaan sedemikian, Johari menjawab, "Sama ada kita suka atau tidak, kita akan berada dalam keadaan ini jika ia berlaku".
"Tetapi jangan risau, pada masa itu, ketua kami (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah pun bebas (dari hukuman penjara lima tahun), beliau seorang 'magician', anda harus akui, beliau boleh menyelesaikan apa-apa keadaan,"kata Johari.
________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Post a Comment