Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Rayuan ‘Bin Abdullah’, Mahkamah Tolak



Putrajaya: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan oleh 20 pasangan dan seorang ibu tunggal berkenaan rayuan untuk membinkan anak tak sah taraf dengan nama bapanya dan bukan berbinkan ‘Abdullah’, seperti yang dilaporkan oleh MStar. 


Keputusan sebulat suara itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Datuk Balia Yusof Wahi, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin. 


Walau bagaimanapun, Tun Md Raus Sharif memberitahu peguam Azhar Azizan Harun yang mewakili pasangan dan ibu tunggal itu bahawa, beliau boleh hadir sebagai amicus curiae (rakan mahkamah) dan berhujah dalam perbicaraan rayuan, demikian menurut laporan yang dipetik dari Malaysiakini. 

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan pada 7 Februari depan yang bakal dikemukakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ketua pengarahnya, dan kerajaan Malaysia, yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa seorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukannya ‘Abdullah’.


Beliau kemudian mengarahkan Azhar supaya membuat permohonan untuk beliau hadir sebagai amicus curiae dalam pendengaran rayuan pada tarikh tersebut. 


“Peguam dikehendaki memohon untuk hadir sebagai amicus curiae semasa prosiding,” kata Hakim Raus selepas menolak permohonan pencelah yang dikemukakan oleh pasangan dan ibu tunggal itu. 

Isu membabitkan anak tak sah taraf ini timbul selepas JPN dan dua pihak lain memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai lalu yang membolehkan anak luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapanya. 














________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.